Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah diperkatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini yang mana Malaysia tidak akan menyekat internet, kini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menekankan perkara tersebut, dimana beliau berkata lagi sekali kerajaan pimpinan beliau sama sekali tidak akan menyekat internet di Malaysia.

Ketika Pesidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN Pertama [via]
Selain daripada itu, Najib berkata yang mana kerajan tidak takut akan para penulis blog, tetapi ingin menjadi rakan kepada para penulis blog. Najib berkata demikian pada hari ini, ketika berucap di Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama.
Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama ini mengumpulkan kebanyakkan daripada penulis blog yang lebih menjurus kepada topik sosial dan politik di arena tempatan, dan juga beberapa penulis daripada negara-negara ASEAN yang lain. Ianya dianjurkan bersama-sama oleh salah satu persatuan penulis blog berdaftar tempatan, Blog House Malaysia.
17 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
buruk gila template blog house malaysia tu
email 50 juta boleh beli. hosting/domain rm80 setahun xleh beli. kahkahkah
blog twitter pon pakai blogspot apa? LOL
ni bukan masalah hosting ke blogspot. tapi apehal template huduh benor. kekekeke
at least die pakai domain sendiri….. LOL
Team amanz dah datar ke?
ada sesetengah perlu disekat juga. pemantauan kena ada
aku ada terjumpa statement macam ni
“tak sekat tapi DDOS je”
hehe
ddos? komfem down… klau nk ddos, brapa bnyk server dgunakan untk ddos? last2 internet kat malaysia down.
yahooo takde sekatan…tapi boleh percaya ker? banyak sgt ckp lain buatnya memang sgt2 lain..
dgr boleh percaya tu jangan dah jadi sebati dgn aku bila kluar sesuatu statement dr mulut ahli2 politik…
aku harap kerajaan sekat texas holdem poker kat facebook.. tu je
Aku sokong~~~
saya pun sokong!
sorry ah ,aku xkan caya
macam boleh percaya cakap najib ni -_-
Block lah laman web yang ada unsur negatif dekat malaysia ni haihhh
-_-
penipu lar sangat~pehal aku tak leh access megauplod, fileserve, 4shared etc. ne??