13Apr

Nokia Mengemaskini Symbian – Memperkenalkan Symbian Anna

Perisian

Nokia kini telah pun mengumumkan dua peranti berasaskan Symbian yang serba baru iaitu Nokia E6 dan juga Nokia X7, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan kemaskini sistem operasi Symbian yang serba baru. Kemaskini baru ini dikenali dengan nama kod Symbian Anna, dan membawakan beberapa pembaharuan pada sistem operasi Symbian.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan ikon yang serba baru, Ovi Maps versi baru, pelayar web yang lebih pantas, selain turut memberikan nafas baru pada platform Symbian. Symbian Anna juga membawakan input teks yang diperkemaskini, memudahkan kemasukkan teks padanya, serta papan kekunci atas skrin QWERTY versi potrait turut diperkenalkan.

Symbian Anna akan diperkenalkan kepada semua pengguna Symbian dalam beberapa bulan akan datang. Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakannya dengan lebih pantas, anda boleh mendapatkan Nokia X7 ataupun Nokia E6, serta mengalami pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Masukkan Video YouTube Ke Dalam SlideShare
(Video) Demo Fungsi NFC Pada Peranti Symbian Belle Dari Nokia
Pengguna BitTorrent Dan uTorrent Melangkaui Lebih 150 Juta Orang Pengguna
Photobomb? Anda Bakal Boleh Mengatasinya Melalui Aplikasi Scalado Remove
Pelayar Web Mozilla Firefox 12 Dilancarkan Secara Rasmi

9 Komen

  1. kikoz pada 13 Apr 2011

    cun X7 ni…aku bajet bwh RM1400 beli smrtphone yg kamera atas pada 8MP/12MP..android mahal sgt la..

  2. Luq pada 13 Apr 2011

    dah lama tinggal symbian ni..tapi kalo mantap symbian baru ni,leh try balik..hehe.

  3. SJ pada 13 Apr 2011

    bpe ratus x7 ni? bleh bgithu?

  4. azwan pada 13 Apr 2011

    nk nokia E6 T.T. lawa sehhh

  5. ekspresiruang pada 13 Apr 2011

    nokia skg dh makin mantap. mmg lawan iPhone sejati. hehe

  6. aimannajmy pada 13 Apr 2011

    adakah symbian ni boleh menyaingi android? huhu

  7. royAkatsuki pada 13 Apr 2011

    android is truly unbeatable…
    bcause it is an open source software…
    we could total modify as what we desired to…

    Current rating right now is still nokia on the top
    that is due to the low end spec phone that they produce.cheap one.
    android on the other hand, require +- RM500 at least, per phone.

    but android users keep on rising, unlike nokia, their users are decreasing.

  8. zmysteries pada 19 Apr 2011

    Actually android got nothing on it..except for the UI..but symbian is really cool..


Trackbacks/Pingbacks

  1. (Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran | beliamuda {dot} com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader