19Apr

Ovi Maps Diberikan Nafas Baru Dengan Fungsi 3D

Perisian, Web 2.0

Dengan salah satu perkhidmatan GPS yang terbaik buat masa ini, Nokia terus menambah-baik perkhidmatan Ovi Maps mereka, dimana kini Nokia mengikut jejak Google dan Bing, dalam memperkenalkan peta dalam bentuk 3D. Namun begitu, buat masa ini, ianya hanya menyokong beberapa bandar utama di luar negara sahaja.

Buat masa ini, fungsi peta 3D ini hanya terdapat di beberapa bandar, termasuk London, Barcelona, Los Angeles, New York, San Francisco dan Helsinki. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan menyokong bandar-bandar di Malaysia.

Sama seperti Ovi Maps, Ovi Maps 3D ini juga akan ditawarkan secara percuma. Bertambah menarik lagi, para pengguna desktop juga boleh menikmatinya dengan hanya memasang plugin tambahan pada pelayar web anda. Buat masa ini, ianya menyokong Internet Explorer 7+, Firefox 3.5+, Safari 5+ dan juga Google Chrome.

Tips daripada Effi Obefiend. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada firdaus(a)amanz.my


Pelbagai Fungsi Baru Melalui BlackBerry OS 6.0
Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi - dRPlaces
FeedGeorge Kini Memperlihatkan Data Dari Groupon Malaysia
Says.MY : Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna Facebook Yang Aktif
Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

9 Komen

  1. ali mamak pada 19 Apr 2011

    memperkenalkan peta 3G??? apakah itu???

    • Aman pada 19 Apr 2011

      3D. dah dibetulkan. :D

  2. melayubuntu pada 19 Apr 2011

    ovi map for android! ghahahaha…mmg berangan rr..

  3. suffer8zine pada 19 Apr 2011

    agak2 bila la boleh guna bende ni :P

  4. fikri pada 19 Apr 2011

    wow gempak!! dah masuk malaysia ke?

  5. wazy pada 19 Apr 2011

    semakin mantap la lepas ni dengan adanya 3d tu

  6. izuddin.helmi pada 20 Apr 2011

    Ovi Maps yang asal is one of the best and better than Papago dengan TomTom!

  7. Obefiend pada 20 Apr 2011

    dah test tapi masih agak buggy dengan ada black spots. tapi namapun beta. Nampak smart bahagian yang lengkap 3Dnya

  8. offshore company pada 20 Apr 2011

    Sebenarnya aku tak berapa faham sangat penerangannya macamana nak buat agar ianya bermarble.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader