Cari @ Amanz

Selain daripada antaramuka Metro yang akan dibawakan pada Office 15, ianya juga kini kelihatan yang mana Microsoft bakal memperkenalkan suatu aplikasi baru yang dinamakan Moorea pada Office generasi akan datang kelak.


Aplikasi Baru Yang Dinamakan Moorea Pada Office 15? [via]

Buat masa ini, info berkaitan dengan Moorea masih lagi tidak berapa diketahui, namun ianya diperkatakan adalah suatu aplikasi yang membolehkan pengguna untuk menarik informasi daripada pelbagai perkara, termasuk teks, imej, dokumen dan sebagainya, dan memperlihatkannya dalam bentuk yang menarik sekali.

Informasi penuh berkaitan aplikasi Moorea pada Office 15 ini masih lagi samar-samar buat masa ini, dan Microsoft masih lagi belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan aplikasi tersebut.

Selain daripada pembangunan Office 15 ini yang masih tidak diketahui tarikh pelancarannya, Microsoft juga sedang giat membangunkan Windows 8 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, serta kemaskini Windows Phone yang dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd