06Apr

P1 Bakal Memperkenalkan Rangkaian LTE TDD Tahun Hadapan

Telekomunikasi

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, P1 bersama-sama dengan ZTE telah pun memperlihatkan demo secara langsung berkaitan teknologi rangkaian LTE TDD (Long-Term Evolution Time Division Duplex). Ianya hanya diperlihatkan kepada media sahaja buat masa ini, dan dijangka akan mula diuji bermula penghujung tahun ini.

Melalui ujian yang dilakukan menggunakan gelombang 20MHz pada spektrum 2.3Ghz, P1 bersama-sama ZTE memperlihatkan yang mana mereka boleh mencapai kelajuan internet sehingga 130Mbps. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan P1 dijangka akan mula menguji rangkaian LTE-TDD ini bermula penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, P1 mensasarkan untuk memperkenalkan secara komersial naik-taraf perkhidmatan WiMAX mereka kepada LTE-TDD menjelang penghujung tahun depan. Tarikh pasti masih lagi belum diperkatakan buat masa ini, namun kita boleh melihat industri jalur-lebar tempatan terus berkembang dengan sihat sepanjang tahun ini.

Gambar oleh VernonChan.


Perkasakan Liputan WiMax P1 Dengan Undi Di Web
Green Packet Menjangkakan Keuntungan Pada Tahun 2011
DiGi Mengumumkan Kerjasama Bersama GetJar
DiGi Menawarkan Telefon Pintar Garmin-Asus A10
PlayBook Bakal Dilancar 16 Julai - Harga Bermula RM990 Dengan Maxis

10 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 06 Apr 2011

    seronok2… excited sangat ni..

  2. Nizam6281 pada 06 Apr 2011

    Harap2 cepatlah sikit semua ni.
    Harga pon biarlah berpatutan dan murah.
    Buat macam Softbank di Jepun.
    Tenet kat mana2 ada n fix charges.
    Telefon n Message ke Softbank ke Softbank free.
    Baru mantap

  3. anonymous pada 06 Apr 2011

    160MegabitPerSecond = 20Megabytes..nice wooo

    • Syukri Lajin pada 06 Apr 2011

      20MBps atas kertas. hspa maxis/ patut boleh dpt 900KBps(7.2Mbps, dlm 450KBps+ untuk 3.6 mbps), tapi in real world cuma 380- 400 je kut.

      • anonymous pada 07 Apr 2011

        thx alot dude~

  4. SJ pada 06 Apr 2011

    p1 x gna!!!!!!!!!!!

  5. Ali ridha pada 06 Apr 2011

    beberapa kawasan je lepas pakai kelajuan tu.
    p1 wimax iklan buat main hebat.janji hanya manis.

  6. hardcoregamerz pada 07 Apr 2011

    unifi is better.. what happen to “potong jgn xpotong” ??

  7. milan pada 08 May 2011

    x guna p1 nie banyak menyusahkan aku selama nie…..x payah lah nak buat lagi yang terbaik memang cakap bleh lah bila dah pakai memang x guna>>dah brp kali mcm nie..

  8. anonymous pada 11 Aug 2011

    MICHEAL LAI PENIPU!!!!…. tipu orang punya kaki


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader