07Apr

P1 Mensasarkan Lebih 53% Kawasan Liputan Menjelang Penghujung Tahun Ini

Telekomunikasi

Sepanjang tahun lepas, P1 telah berjaya mencapai tahap liputan sebanyak 45% di Semenanjung Malaysia, dan mereka berharap untuk terus memperluaskan liputan rangkaian mereka di Malaysia sepanjang tahun ini. Untuk tahun ini, mereka mensasarkan untuk mencapai lebih 53% liputan di Malaysia.


Michael Lai, CEO Packet One [Gambar]

Sebelum ini, P1 telah memperlihatkan sebuah demo ringkas memperlihatkan yang mana mereka bakal memperkenalkan rangkaian LTE pada penghujung tahun hadapan dengan muat-turun mencapai sehingga 130Mbps. P1 dijangka akan memulakan ujian dan kemaskini rangkaian mereka bermula penghujung tahun ini.

P1 kini masih lagi dalam sasaran awal, iaitu untuk mencapai tahap liputan sebanyak 65% menjelang penghujung tahun 2012 kelak. Mungkin kita akan dapat melihat liputan rangkaian P1 dibeberapa kawasan baru sepanjang tahun ini dan hadapan, selain terus memperkuatkan dan menstabilkan lagi liputan mereka dikawasan sedia ada.


DiGi dan Time dotCom Mengumumkan Kerjasama
Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?
Celcom Bakal Menawarkan Bold 9900 Dan Torch 9810 Pada Minggu Ini?
DiGi Mula Menaik-Taraf Rangkaian Telekomunikasi Mereka
Celcom Mengeluarkan Pakej Rasmi Untuk Samsung Galaxy Nexus

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader