29Apr

Pakej iPhone 4 Untuk Umum Daripada Celcom Pada 5 Mei Ini?

Apple, Telekomunikasi

Setelah melancarkan pakej dan pelan iPhone 4 untuk para pengguna perniagaan (enterprise), kini ianya diperkatakan yang mana pakej dan pelan iPhone 4 untuk para pengguna umum akan kelak diumumkan pada 5 Mei ini. Ianya masih lagi tidak diketahui adakah harga peranti dan pakej yang akan ditawarkan akan jauh berbeza ataupun tidak.

Buat masa ini, Celcom menawarkan iPhone 4 bersama-sama dengan pelan Celcom Biz, pada harga serendah RM248 untuk iPhone 4 16GB dan RM538 untuk iPhone 4 32GB. Ianya juga diura-urakan yang mana Celcom bakal membawa masuk iPhone 4 Putih, namun masih lagi tidak disahkan buat masa ini.

Selain daripada Celcom, di Malaysia, Maxis dan juga DiGi turut sama menawarkan peranti yang sama kepada para pengguna dengan harga dan pakej yang amat kompetitif sekali.

Tips daripada @AizuddinManap


Lebih 10% Data Trafik P1 Digunakan Untuk Pemindahan P2P
Apple Bekerjasama Bersama-sama Dengan Warner Music
Sokongan Suara-Ke-Teks Pada iOS5 Mula Kelihatan
(Video) Sokongan Bantuan Suara Melalui Siri Pada iPhone 4S
Dapatkan Samsung Galaxy Nexus Melalui Rangkaian Celcom Hari Ini

1 Komen

  1. NoktahHitam pada 30 Apr 2011

    Lor.. bukan aku ke forward ko email?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader