12Apr

Pengguna Facebook Malaysia Makin Berkurangan?

Web 2.0

Walaupun Facebook sedang meningkat dengan mendadak akhir-akhir ini, namun ianya kelihatan yang mana di Malaysia, Facebook menunjukkan trend yang berbeza. Akhir-akhir ini, pengguna berdaftar Facebook di Malaysia seperti berkurangan, kini jatuh bawah 10 juta pengguna sahaja.

Sebelum ini, angka pengguna Facebook di Malaysia melangkaui 10 juta pengguna pada bulan Februari yang lalu. Namun begitu, melalui data terkini daripada SocialBakers, ianya memperlihatkan pengguna Facebook di Malaysia hanya sekitar 9.9 juta sahaja, selain memperlihatkan graf yang berkurangan berbanding sebelumnya yang meningkat sahaja.


Graf Pengguna Facebook Malaysia Pada 3 Bulan Terakhir Ini

Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana ianya bukanlah suatu data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Facebook. Namun begitu, ianya mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu rujukan, dan adakah makin ramai pengguna Facebook tempatan yang memadam akaun mereka di laman sosial terkemuka itu?


Naik taraf blog anda ke WordPress 2.6 Tyner
Hak Cipta WordPress Kini Milik WP Foundation
Twidroyd Dan UberSocial Kembali Aktif Semula
BlogMakeOver Memberikan Nafas Baru Untuk Blog Anda
Facebook Question Diberikan Nafas Baru

22 Komen

  1. haru pada 12 Apr 2011

    aik biar betoll..tp mungkin ramai yg sudah bosan dgn fb mungkin..who knows

    • mosyar pada 12 Apr 2011

      setuju. aku turut rasa kebosanan. sekadar utk himpun kwn2 lama je fb aku tuh. hahaha

      • fakhrulzakry pada 12 Apr 2011

        yup. dah bosan ngn fb.. just utk himpun kwan lama jee

  2. Affan pada 12 Apr 2011

    bagus gak semakin berkurang hehe

  3. Irwan pada 12 Apr 2011

    bz dengan exam kot :)

  4. thenizamghazi pada 12 Apr 2011

    Facebook kadang kala boleh buat kita khayal & lupe nak buat keje

  5. NoktahHitam pada 12 Apr 2011

    aku pon bukak facebook 3-4 hari sekali. Maleh nak layan natang bewok ni.

  6. faiz pada 12 Apr 2011

    semua beralih ke twitter! huhu..

    • Ali ridha pada 12 Apr 2011

      promosi blog, perkhidmatan dan produk lebih
      senang.laju je dapat pelanggan.hehe…

    • Orang Akaun pada 12 Apr 2011

      biasaa…time org lyn fb, depa sebok lyn frenster..time org lyn twitter, depa br nk dpt fb..ni baru dapat hidayah layan twitter la neh..hahahha

  7. romli pada 12 Apr 2011

    bile budak budak myspace dah masuk facebook,
    deme bawok kanser myspace sekali masuk facebook. lepas tu hantor request suruh teman jage kebun deme. ape nak jadi le.

    teman lari ke twitter. lepas 2 tahun, budak-budak facebook ni baru kenal twitter dan masuk bawak kanser lama. teman dah tak tau nak kemana.

    sekarang teman lepak quora je la.

  8. beliamuda pada 12 Apr 2011

    Mungkin ramai yang mula menjadi bosan dengan Facebook. Rakan2 saya pun ramai yang mula aktif di Twitter berbanding dengan FB.

  9. Taufik Mansor pada 12 Apr 2011

    sementara je kot. Sekarang ni kan musim study week… majoriti yg main fb ni budak ipt… so normal la kot. :D

  10. MuJE pada 12 Apr 2011

    aku pon dah bosan ngan fesbuk

  11. Ikhwan pada 12 Apr 2011

    Ramai dah jemu dengan Facebook..

  12. sazuwi pada 12 Apr 2011

    mungkin facebook yg slow sejak kebelakangan nie yg jadik ramai malas nak bukak fb…

  13. SJ pada 12 Apr 2011

    aku ade 4 akaun sume utk main game

  14. ShakRoil pada 12 Apr 2011

    aku hanya on9 untuk lihat info2 kawan2 aku yang jauh je..

  15. zie pada 12 Apr 2011

    Banyak gila spam. tu yang buat aku bosan. Kdang2 benda yg x diundang datang. Tag gambar pelik2.

  16. abdfatah pada 12 Apr 2011

    tag ikut suka hati nak tag aje… pastu join group ikut sedap hati nak bubuh aje… tetiba join group… adesh…

  17. Haz pada 13 Apr 2011

    fb is become sometime boring and slow..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader