24Apr

Pengguna Facebook Malaysia Mencapai 10.1 Juta Orang

Web 2.0

Selain daripada mengumumkan berkenaan dengan sekatan internet, Najib Razak juga turut memperkatakan yang mana kini para pengguna Facebook tempatan mencecah lebih daripada 10.1 juta orang, sekaligus memperlihatkan perkembangan aktif laman sosial terkemuka tersebut, dan masih mengekalkan diri sebagai antara laman paling popular di Malaysia.

Sebelum ini, sekitar awal bulan April tempoh hari, graf para pengguna tempatan memperlihatkan sedikit kejatuhan, menjadikannya dibawah angka 10 juta. Namun begitu, ianya kembali naik seperti biasa kembali akhir-akhir ini, dan secara kasarnya, para pengguna Facebook tempatan berjumlah lebih kurang 10 132 900 orang.

Melalui data daripada SocialBakers, ianya memperlihatkan pengguna Facebook tempatan yang paling aktif adalah berusia antara 18 hingga 24 tahun berjumlah lebih kurang 34%, dan diikuti dengan kumpulan pengguna antara 25 hingga 34 tahun. Sekiranya dilihat daripada jantina, pengguna lelaki berjumlah lebih kurang 53%, memperlihatkan yang mana mereka lebih aktif dalam melayari Facebook dan menggunakannya, berbanding wanita yang berjumlah 47% sahaja.

Dengan pelbagai laman web tempatan yang mengintegrasikan fungsi-fungsi pendaftaran menggunakan Facebook Connect dan sebagainya, mungkin angka pengguna Facebook tempatan akan terus berkembang dengan sihat. Sama-sama kita nantikan jumlah penggunanya menjelang penghujung tahun ini kelak.


Pandang Pertama Laman Sosial Baru - Ikon.My
Duster Mungkin Menjadi Tema TwentyEleven Untuk WordPress
CircleHack Membawakan Fungsi Seumpama Circles Pada Facebook
Aplikasi OhMediaFM Untuk Android Dilancarkan
(Ura-Ura) CNN Ingin Membeli Mashable Pada Harga $200 Juta?

10 Komen

  1. ekspresiruang pada 24 Apr 2011

    kuasa FB di Malaysia mmg kuat. kena guna peluang ni utk luaskan perniagaan dan tingkatkan trafik blog juga ;)

    • arnamee pada 24 Apr 2011

      Betul.. Hampir separuh rakyat Malaysia guna FB . Sangat bagus untuk pemasaran. Manfaatkan sebaiknya :)

  2. LuthfiMY pada 24 Apr 2011

    najib razak umumkan?
    wah.. ada share kot?

    • Aman pada 24 Apr 2011

      time dia ucap-ucap tue, ada selit sekali. :D

  3. suffer8zine pada 24 Apr 2011

    wahhh ramai tol, mana taknya budak2 sekolah form1,2 dah makin besepah kat fb

  4. shakroil pada 24 Apr 2011

    memang ramai sungguh!

  5. beliamuda pada 24 Apr 2011

    Signifikan sangat ke jumlah pengguna FB sampai PM selitkan dalam teks dia ni?

  6. Wan Perlis pada 25 Apr 2011

    budak sekolah rendah x patut ada pesbok

  7. eiman pada 25 Apr 2011

    dah PM pun guna facebook, rakyat ikut sama ler..

  8. Azam pada 25 Apr 2011

    ramai gitu..sesuai untuk spam..haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader