25Apr

Pengguna TM Menghadapi Masalah Mengakses Rangkaian US?

Telekomunikasi

Sejak beberapa jam sebelum ini, ramai pengguna Twitter yang melaporkan dimana para pengguna Streamyx menghadapi masalah untuk mengakses laman-laman yang dihoskan diluar negara, terutamanya Amerika Syarikat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, TM sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga artikel ini ditulis.

Sebelum ini, TM telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan memulakan penaik-tarafan kepada rangkaian generasi akan-datang (NGN) pada 24, 26 dan 28 April. Namun, masa yang dijangka adalah sekitar 10 pagi hingga 12 tengahhari, dan diikuti dari 6 petang hingga 8 malam, serta kawasan yang terjejas hanyalah Sungai Buloh.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku, dan ianya diperkatakan yang mana para pengguna Maxis, P1 dan juga Yes tidak terjejas dengan gangguan ini.


Kadar Muat-Turun Sehingga 104 MBps Melalui LTE
Astro Byond IPTV Akan Diperkenalkan Bersama-sama Perkhidmatan Jalur-Lebar
Pakej iPhone 4 Untuk Umum Daripada Celcom Pada 5 Mei Ini?
DiGi Turut Sama Akan Menawarkan HTC Sensation
Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar

7 Komen

  1. irwan pada 25 Apr 2011

    yup mmg line x ok..fb@twit@youtube x dpt bukak adoi,igtkn internet kne potong da haha

  2. pulama pada 25 Apr 2011

    facebook pun slow….

  3. ekspresiruang pada 25 Apr 2011

    agak slow gak la internet harini :(

  4. faiz pada 25 Apr 2011

    guna celcom broadband pun ok..lajuu..heee

  5. Wan Perlis pada 25 Apr 2011

    kemon la TM

  6. Omar pada 25 Apr 2011

    aku guna P1..certain website je problem.. macam mail elok je lagi.. facebook tak boleh buka…

  7. Taufik Mansor pada 26 Apr 2011

    guna la celcom bb…. x pernah aku prob bila bukak fb…. selalu ok…. kalau lembap disconnect dan connect balik…. atau letak modem celcom kat tepi tingkap…. streamyx user boleh ke buat macam tu… hidup celcom bb…. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader