21Apr

Penggunaan Purata Pengguna P1 Mencecah 12GB Sebulan

Telekomunikasi

Dengan sambungan internet yang makin lama makin pantas, penggunaan jalur-lebar oleh para pengguna juga semakin meningkat naik dari hari-ke-hari. Terkini, P1 yang sebelum ini memperkatakan purata penggunaan setiap pengguna adalah sekitar 10GB, kini mengeluarkan data baru memperkatakannya telah meningkat menjadi 12GB sebulan.

Melalui 12GB itu, ianya diperkatakan yang mana seumpama memuat-turun 3000 buah lagu, ataupun lebih 12 filem berkualiti tinggi. P1 juga sebelum ini telah memperkatakan yang mana mereka bakal mulakan ujian rangkaian LTE-TDD pada penghujung tahun ini, sebelum memperkenalkannya pada penghujung tahun hadapan kelak.

P1 mempunyai lebih daripada 280,000 pengguna pada bulan Januari yang lepas, dan bercadang untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka sepanjang tahun ini untuk mencapai kadar tembusan sehingga 53%.


Laman JomTwit Di Lancarkan Secara Rasmi
Celcom Memperkenalkan Rangkaian Sosial SMS Kolony
12 Mei Berlalu Tanpa Pengumuman HTC Flyer Dari Maxis
Pelanggan UniFi Berdaftar Melangkaui Angka 200,000 Orang
Maxis Bakal Menawarkan Galaxy Beam Dalam Beberapa Bulan Lagi

3 Komen

  1. nizamghazi pada 21 Apr 2011

    Kena amik yg pakej yg 30GB sebulan bru rasa selesa

    • man22 pada 21 Apr 2011

      Internet bila dah makin laju,Keinginan download pasti meningkat….
      MANUSIA Tidak Pernah Puas..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader