29Apr

Pengintegrasian Live ID Pada Windows 8 Membawakan Sokongan Sync

Microsoft

Sebelum ini, ianya telah pun diperkatakan yang mana Windows 8 kelak akan mengintegrasikan Windows Live ID, dan perkara ini kini dibuktikan dengan paparan skrin terbaru Windows 8 yang mana memperlihatkan fungsi sync melalui perkomputeran awan. Melaluinya, ianya juga membolehkan anda log masuk ke komputer Windows 8 yang lain, dan menarik pelbagai tetapan dengan mudah tanpa perlu memindah data seperti sebelumnya.

Melalui Windows 8 Build 7955 yang tersebar, ianya ditemui fungsi Roaming Options dibawah User Accounts, dimana melaluinya ianya membolehkan para pengguna berkongsi ataupun sync pelbagai perkara termasuk wallpaper desktop, warna Aero Glass, bahasa pilihan, tetapan aplikasi, tetapan Windows Taskbar, tetapan Windows Explorer, profail rangkaian Wireless, dan banyak lagi dengan mudah terus melalui Windows Live Cloud.

Microsoft juga diperkatakan berkemungkinan besar akan melepaskan versi pembangunan awal Windows 8 kepada para pembangun pada Windows Developer Conference pada bulan September kelak, dan mungkin banyak lagi pengumuman daripada Microsoft yang dinantikan pada masa tersebut.


Windows 7 Build 7025 Mula Kelihatan
Microsoft Memperkenalkan Kemaskini Windows Phone Yang Pertama
Pembangunan Windows 8 M3 Akan Dimulakan Pada Penghujung Februari
Tiada Menu Start Pada Windows 8?
Perubahan Pada Antaramuka Windows Explorer Di Windows 8 Mula Kelihatan

1 Komen

  1. saya_bukan_geek pada 29 Apr 2011

    new version of Win Live Mesh?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader