12Apr

Produksi iPhone 5 Hanya Akan Dimulakan Pada September?

Apple

Beberapa laporan kini memperkatakan yang mana Apple akan memulakan produksi iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone 5 bermula pada bulan September nanti. Jikalau perkara ini benar, maka mungkin iPhone 5 tidak akan mula dijual sehingga penghujung tahun ini nanti.

Pada tahun-tahun sebelum ini, Apple memperkenalkannya pada acara tahunan WWDC, namun untuk tahun ini, ianya diperkatakan tiada sebarang peranti akan diperkenalkan, dan akan lebih tertumpu kepada pengenalan iOS 5 dan juga Mac OS X Lion. Ura-ura awal juga turut memperkatakan iPhone 5 tidak akan diperkenalkan pada bulan Jun ini.

Sekiranya semua ini benar, maka berkemungkinan besar, jualan iPhone 5 mungkin tidak akan dimulakan sehingga penghujung tahun ini, dan memperlihatkan yang mana ianya masih belum terlambat bagi Celcom menjual iPhone 4 di Malaysia.


Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan
Apple TV Yang Baru Lebih Kecil
Apple Bakal Mengumumkan Mac OS X, iOS5 Dan iCloud Pada WWDC
Iklan Terbaru Samsung Memfokuskan Kepada Para Peminat Apple
Apple Melancarkan Aplikasi iBooks Author Untuk Mac - Memudahkan Penghasilan Buku Digital

4 Komen

  1. Razak Muhaimin pada 12 Apr 2011

    Bagus juga jika Apple tidak melancarkan iPhone 5 terlalu awal. Ini kerana produk-produk lain masih belum habis publisitinya. Ini akan membawa kepada sifat ‘muak’ daripada pelanggan sedia ada, yang mendapati syarikat seringkali melancarkan produk baru.

    • romli pada 12 Apr 2011

      iphone 5 akan keluor jugak sebab antena iphone 4 die macam kude. kejap dapat kejap tak dapat. teman rase la consumer tak kan muak sebab deme gile yang gadjet ni suka technology baru. proc, ram entah le.

      mac os x lion teman rase akan keluor dekat wwdc 2011. apple akan release dalam sebulan lepas wwdc. deme release GM terakhir dulu bagi developer test test.

      maklum le App store makin naik.

      • Pisyek pada 12 Apr 2011

        penggila gadget komfem beli lah! hehe. :D

  2. ekspresiruang pada 12 Apr 2011

    maybe diorang hold dulu utk nak kasi byk lg feature2 baru leh psg kt iPhone5 tu :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader