20Apr

Projek Emel 1Malaysia Menggunakan Domain MyEmail.my Dan Perkhidmatan Windows Live

Microsoft, Web 2.0

Setelah diumumkan semalam, kini halaman untuk projek emel 1Malaysia telah pun boleh diakses, dimana ianya menggunakan nama domain MyEmail.my. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana memandangkan ianya dibangunkan dengan kerjasama pihak Microsoft, kelak ianya akan mengguna-pakai perkhidmatan Windows Live sebagai tonggak utamanya.


Halaman Utama MyEmail.my

Melalui laman tersebut yang dibangunkan bersama oleh Tricubes Sdn Bhd, dan Microsoft merupakan salah satu initiatif kerajaan, dimana melaluinya mereka berharap untuk menyediakan sebuah platfom yang selamat dan boleh dipercayai.

Beberapa info pada laman tersebut memperlihatkan yang mana MyEmail kelak akan menyediakan ruangan sebanyak 25Gb, serta turut sama didatangkan bersama-sama dengan fungsi-fungsi lain yang terdapat pada Windows Live, termasuk kebolehan untuk mengubah dokumen secara terus melalui atas talian.

Buat masa ini, pendaftarannya belum lagi dimulakan, dan ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai kelak.


Plugin Menarik Untuk WordPress Bersempena Ramadhan
Android Market Akan Mengintegrasikan PayPal
Malaysiakini Memperkenalkan Butang Kongsi Serba Baru
Office 365 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
Perbandingan HTML5 Pada Mango Dengan Platform Mudah-Alih Lain Diperlihatkan

27 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 20 Apr 2011

    Kalau pakai windows live, apa kena mengena dengan Rm50 mil??

    • Omar pada 20 Apr 2011

      bukan ke benda tu free je kat Windows Live Domain atau Live @ Edu… pelik pulak… mungkin nak overlimit kot.

  2. AMiRU pada 20 Apr 2011

    Domain macam tak berapa nak sedap je, myemaildotmy.. ohmy.. so many my.. :P Harapan aku semoga projek ini tak menjadi projek gajah putih.

  3. Orang Akaun pada 20 Apr 2011

    karut ja semua neh..website gomen yang sedia ada pon tak terurus elok..lagi nak tambah..

    bala semua neh..bala!!

  4. mohammad pada 20 Apr 2011

    mengarut je 50 juta.. 50 juta tu pi wa projek infrastruktur kat pedalaman la.. email free lain banyak.. tu 50 juta dok selamatkan kroni2 je semua tu.. hampeh

  5. Firdaus pada 20 Apr 2011

    Mengikut pengalaman saya, untuk projek dengan government, contract berdasarkan kiraan per user. Berdasarkan perkiraan saya. RM3 untuk setiap user dikenakan untuk project ini. 62% dari 27.46 juta rakyat Malaysia adalah dewasa dan 18 tahun keatas (stats 2009). Project mega ini diberikan ‘tunggangjawab’ kepada Tricubes untuk melaksanakan tu. Bagi saya, ianya tidak pelik dan berharap project ini tidak menjadi gajah putih sebagaimana saudara Amiru beritahu.

    Sekarang, saya masih tidak yakin dengan privasi dan hak personal credential saya nanti. Bimbang juga..

    Sama-sama kita nantikannya nanti.

    • ejam pada 20 Apr 2011

      mereka jamin akan selamat, tapi utk kita rasa lebih selamat lagi maka janganlah gunakan email ini..sendiri faham ler kan…hehe

  6. ejam pada 20 Apr 2011

    kalau najib turun maka projek ini akan turut berkubur…
    semoga pembaziran 50 juta tu mampu bertahan lebih lama dari projek terbengkalai yg lain…kalau tak…

  7. Bob pada 20 Apr 2011

    Citizen Inbox for every Malaysian – Nanti pada mykid terus dapat email ni.. haha

  8. mosyar pada 20 Apr 2011

    guna yahoo dgn gmail je…hahaha.

  9. SJ pada 21 Apr 2011

    apa kejadah nya projek email ni? aku ada 4 email yahoo, 1 gmail, 1 msn.

  10. apokejadahnye pada 21 Apr 2011

    ini satu cara utk mengagihkan harta negara dikalangan ahli politik dan kroni2. bonus bg kerajaan najib, data mining dan pemantauan anti kerajaan termasuk pembangkang. 20 juta rakyat malaysia berakal diperintah dan dikawal oleh beberapa individu berperut belon yg jauh dari landasan agama, ironis kan?

  11. rizuani pada 22 Apr 2011

    Apa salahnya malaysia ada email sendiri. Kalau takut sangat dgn privacy etc jangan la online..dok dalam gua ja kot. Aku bukan apa, kalau apa yg malaysia buat semua kena kondem dan tak kena, sampai bila agaknya nak mengharap service2 yg dikuasai org luar. Sama juga masa dulu2 internet dan msc dikenalkan, semua pun bising, tapi tgk la online user utk malaysia dan berapa ramai tenaga kerja yg telah di ‘create’ darinya?

    Aku tak da la nak sokong 100% pun tapi kena pikir juga in 5 to 20 years or maybe 50years kedepan. Sebagai pemimpin tidak kira siapa pun kena memikirkan mcm mana nak create bidang pekerjaan untuk rakyatnya sendiri. Kalau tengok keliling dan blog2 malaysia pun dah start yg dah buat duit monthly hanya menggunakan ilmu yg ada.

    Sori la bukan apa, saja nak share 2sen punya idea. Maaf ya kawan2

    • Lol pada 22 Apr 2011

      Persoalannya adalah mengapa RM50 JUTA? Ini semua bullshit sebenarnya..

      • rizuani pada 22 Apr 2011

        RM50 juta tu senang kira kot
        *
        1 server harga RM5
        1 os server RM0.50
        1 microsoft email license RM0.02sen
        Bandwidth 2sen
        Gaji org keja + maintenance 10sen

        Aku rasa dari segi teknikal ada la dalam RM10 (sepuluh ringgit)
        so sapa2 nak buat email provider bole la buat ya..murah2 lelong2.

        *fakta dan harga diatas adalah berdasarkan harga angan2 dan cakap kosong.
        Kalau murah mcm tu, kompom blog aku dok dalam dedicated server dan dalam
        data centre sendiri. – 2sen

    • Lol pada 22 Apr 2011

      Bukan nak kondem sbb ni projek “Malaysia” tapi nk kondem sbb konsep yg diorg gunakan. Dapat agak mnde ni x kan kekal lama dan akan terkubur. Kalau ni projek x guna wang rakyat x kesahlah.

      D.Najib cakap ni RM50 juta bukan duit rakyat tapi duit involve dari pihak swasta. Company yg create projek ni pun sedang mengalami masalah kewangan. Bullshit ni semua. Sandiwara yg x kan habis dari kerajaan skrg.

      X dek kene mngena sgt dgn politik tpi benci betul bila org atas main2 kroni ni. mcm vavi. kita yg dibawah ni terasa sakit hati.

  12. nirelwof pada 22 Apr 2011

    ada lebih ada kurang. aku rasa tak perlu pun emel 1 malaysia nih. budak sekolah pun dah ada email yahoo gmail hotmail bla bla bla. mesti orang akan curious dan risau pasal privacy jugak sbb kerajaan yang umumkan projek nih. walaupun katanya tak guna duit kerajaan, mesti la ade give and take kepada pihak yang membangunkan.

    senang citer, kalau tak sokong dan tak yakin, tak yah la guna emel tu. biar la kompeni lingkup. iye dak? hehehe

    just my 2sen.

  13. MuJE pada 23 Apr 2011

    orang takut pasal privacy sebab kerajaan suka main kotor. cuba kerajaan wat leklok jer mesti semua percaya dan yakin dengan dorang.

  14. kumpau pada 24 Apr 2011

    inilah peluang kta utk jatuhkan krjaan….dlm pilihanraya kelak kita pakat sma2 undi pmbangkang…mudah2an tiada lg pembaziran…

    • Taufik Mansor pada 26 Apr 2011

      komen dh berbaur politik la pulak…. ini blog tech la… sabo jer la….

  15. menj pada 26 Apr 2011

    Projek membazir yang langsung tidak ada kaitan dengan kebajikan rakyat.

  16. titan pada 26 Apr 2011

    entahla..nak tak nak, tunggu dan lihat ajela..

  17. nizamghazi pada 27 Apr 2011

    boleh cuba klu sperti gmail

  18. Ben Escurado pada 06 Aug 2011

    This is a great !

    review my review at

    http://techviewz.org/2011/08/myemail-malaysian-citizen-inbox.html

  19. Ismeet pada 06 Aug 2011

    Project nie ada bagus nyer. Kalau jadi gajah putih pun sebab org org government yg digelar little napolean.

    Aku dah baca review dari Ben. Technically mmg bagus.

    Menurut member aku kat JPA, yg kerja kt bangunan JPA sebelah MAMPU cyberjaya… Apa gila nyer MAMPU nk capai 10 juta pengguna email dlm tempoh satu tahun. Nk jilat bontot menteri lah tuh.

    Benda tak logik mintak jadi logik… memang lah akan jadi projek gajah putih. Mustahil Microsoft dan Tricubes tak leh nak deliver. Microsoft tuh… Giant gila babas… owner kpd windows Live dan Hotmail… Tricubes plak menjaminkan security and integrasi ngan JPN untuk mengesahkan no kad pengenalan. Secara theory menda boleh jadi sukses dan bagus untuk generasi baru…

  20. azriMy pada 20 Apr 2012

    lolz


Trackbacks/Pingbacks

  1. Apa Itu E-Mail 1 Malaysia atau My-Email?? | NescafeAis.Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader