30Apr

RIM : BB OS 6.1 Bakal Dikenali Sebagai BlackBerry OS 7

Gajet, Perisian

Hari ini, pihak RIM secara rasminya mengesahkan yang mana BlackBerry OS 6.1 kelak akan dikenali sebagai BlackBerry OS 7.0, dan dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru. Salah satunya adalah sokongan antaramuka sepenuhnya dengan hardware-acceleration, untuk sistem operasinya dan aplikasi yang mana sebelum ini sedikit lambat pada peranti BlackBerry.

Selain daripada itu, BlackBerry OS 7.0 juga dijangka akan membolehkan para pengguna mengubah antaramuka skrin utama, serta membawakan sokongan carian peranti dengan bantuan suara, dimana kedua-duanya diperkatakan diambil daripada fungsi serupa pada Android.

Ianya tidak diketahui yang mana adakah semua peranti akan menyokong BlackBerry OS 7.0 ataupun sebaliknya. RIM dijangka akan mengumumkan lebih banyak perkara mengenainya ketika BlackBerry World yang bakal diadakan pada minggu depan, dimana pada acara sama juga RIM dijangka memperkenalkan beberapa peranti baru BlackBerry.


Aplikasi Parking Mata Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android
Spesifikasi Motorola Droid HD Kelihatan - Lebih Pantas Daripada iPhone 4S
Asus Transformer Prime Akan Menerima Android 4.0 Bermula 12 Januari
Aplikasi Rasmi Untuk FormSpring Dilancarkan Untuk Android
Yes Melancarkan Telefon Pintar Eclipse Dan Huddle XS

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader