Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan beta terbuka pertama pelayar web sosial RockMelt sebelum ini, kini ianya terus menerima pelbagai kemaskini baru, dimana versi kemaskini baru RockMelt Beta 2 ini mengguna-pakai Chromium 10 sebagai sumber utama untuk pembangunan pelayar web mereka, yang mana merupakan perkara sama digunakan oleh Google untuk versi stabil mereka buat masa ini.

Selain daripada kemaskini platform mereka, RockMelt Beta 2 turut sama membawakan beberapa kemaskini pada pelayar web mereka, termasuk fungsi untuk melihat sesuatu web itu pada suatu masa kelak, serta aplikasi Twitter yang serba baru. Selain daripada itu, RockMelt Beta 2 juga turut sama membawakan fungsi sembang (chat) yang ditambah baik lagi, memudahkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda tanpa menganggu sebarang pengalaman pelayaran web.


Fungsi Chat Pada RockMelt Beta 2

Para pengguna RockMelt yang sebelum ini akan mula menerima kemaskini secara automatik, dan bagi para pengguna yang ingin mencuba sendiri pelayar web sosial ini, anda boleh memuat-turunnya dan mula menggunakannya sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd