Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa penyedia talian telekomunikasi tempatan, kini ianya turut sama disertai oleh SalamFone, dimana mereka kini menjadi pengendali talian perkhidmatan mudah-alih prabayar pertama yang berlandaskan syariah Islam. Buat masa ini, mereka hanya memperkenalkan perkhidmatan mereka di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan terkini Lembah Klang.

Buat masa ini, SalamFone mensasarkan pengguna berusia diantara 19 hingga 55 tahun, dimana melalui talian mereka, mereka mengharamkan beberapa perkara, termasuk mengharamkan gambar lucah dihantar dan diterima melalui talian mereka.

SalamFone dijangka akan diperkenalkan diseluruh Malaysia secara berperingkat. Buat masa ini, mereka menggunakan pangkalan 010 6XXX XXX, dimana para pengguna boleh mendapatkan pek permulaan prabayar pada harga cuma RM8.50 sahaja. Buat masa ini, SalamFone mengenakan caj sebanyak 25 sen seminit untuk panggilan (1 sen akan di infaq), serta 10 sen untuk satu SMS.

SalamFone juga dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar mereka pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd