Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan Windows 8 yang kini sedang dalam peringkat Milestone 3, dan menghampiri fasa beta, pelbagai fungsi-fungsi baru dan paparan skrin baru kelihatan, dan terkini merupakan gambar-gambar paparan skrin pemasangan Windows 8 yang serba baru mula kelihatan di internet.









Seperti yang dapat dilihat, rekabentuknya membawakan antaramuka baru, yang mana mesra skrin sentuh, selain membawakan proses pemasangan yang amat mudah sekali. Namun begitu, ianya masih lagi diperingkat awal, dan terdapat beberapa kesalahan susun atur ayat dan sebagainya lagi buat masa ini. Mungkin versi akhirnya kelak akan kelihatan lebih menarik lagi.
Windows 8 Beta dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dengan versi akhir kelak pada tahun 2012, dan pelancaran rasmi pada Januari 2013 kelak. Sama-sama kita nantikannya.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tak try download win8 ke aman?? Ni link.. http://links.fikri.my/windows8
payah jugak nak buat OS ni ye.
senang je kalau pro macam linus torvalds.
Linus Torvalds bkn buat OS pun. Buat kernel je. Itupun kalau dikirakan peratus sumbangan agak kecik…
lepas ni buzy customize Windows 7 jadi Windows 8 la plak…