Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah gambar-gambar skrin pemasangan Windows 8 diperlihatkan sebelum ini, kini sekali lagi ianya diperlihatkan dalam bentuk yang lebih interaktif, dan lebih teliti lagi, iaitu dalam bentuk video. Ianya menggunakan Windows 8 Build 7955 yang tersebar diinternet pada awal minggu ini, sekaligus membolehkan ramai pihak mencubanya terlebih dahulu.
Sama seperti pada gambar, ianya memperlihatkan antaramuka Metro yang serba baru. Antaramuka Metro ini adalah berdasarkan kepada Windows Phone dan juga Zune, sekaligus membolehkan Microsoft menjadikan sistem operasi mereka selari dengan pelbagai platform yang dikeluarkan oleh mereka. Ianya juga turut sama memperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan menjadi lebih mesra dengan skrin sentuh.
Buat masa ini, Microsoft telah pun memasuki fasa pembangunan Windows 8 M3, sedangkan video yang diperlihatkan masih lagi menggunakan Milestone 2. Semestinya Milestone 3 membawakan pelbagai perkara baru lagi, sebelum versi beta dilepaskan pada penghujung tahun ini nanti.
Kemaskini : Nampaknya video tersebut terpaksa dibuang disebabkan oleh permintaan daripada pihak Microsoft.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
**Video no longer available
:’(
mana videonya ni?… kasi haplod yang baru tengok…
video please~
Tak leh play pun, kena tgok kt utube kot
la gua baru nak tengok…
sabo jer la….
sesiapa yang ada muat tutun tu boleh kongsikan di web http://www.gumuu.com/.Tak la kena buang..hehehe