Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sehingga kini, spesifikasi mengenai iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone 5 masih lagi tidak diketahui lagi. Namun begitu, hari ini, secara tidak sengaja, CEO Sony telah memperkatakan yang mana mereka akan menyediakan sensor gambar kepada Apple untuk telefon pintar iPhone generasi akan datang.
Dalam sebuah temuramah khas, Sony secara tidak sengaja mengatakan yang mana gempa bumi baru-baru ini telah mengakibatkan beberapa kerosakkan pada 15 kilang-kilang Sony di Jepun, sekaligus menjadikan proses penghantaran sensor kepada Apple.
Beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana Sony akan menyediakan sensor gambar 8-megapixel untuk iPhone 5. Seperti sedia maklum, Sony mempunyai teknologi kamera yang amat menarik sekali, dimana setiap telefon pintar keluaran mereka, sememangnya didatangkan dengan kamera dengan standard yang tersendiri, dan nampaknya Apple ingin mengintegrasikan teknologi kamera ini pada iPhone generasi akan datang mereka.
Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Camera sony mmg terbaik
Canggih Sony ni. Kalau tak takkan ko ulang “kamera yang amat menarik sekali” sampai 2 kali hik!hik!
Rasa macam betul jek
Masa tu saya ada tanya sorang orang Jepun tu die takjub gile ngan Sony dan tidak Apple:
Die kata sebab Sony semua buat barang die sendiri tapi Apple ni die gabung itu ini jek.
Rasanye memang betul kot ura2 ni
sony ada kelas tersendiri yeah! apple pun sama tapi untuk golongan mampu sebenarnya, kan? aku tak pernah merasa pakai barangan apple pun. sony setakat mp3 + SE tu mampu lg la
golongan mampu tu, dah takleh pakai sekarang sebab product lain pun harga sama mahal ngan apple. so, basically harga apple dah sama taraf dengan product lain.
for sure, quality is way better.
yeah!! I agree with you
” Macbook Pro 13″ 2011, iPhone 4″
mungkin ni cara Apple nak btol2 penetrate market Japan. bila ada elemen Sony made in japan dalam iPhone 5 tu, akan menarik lebih ramai org Jepun nak beli iPhone
baru berangan nak pakai iphone 4 dah nak kuar iphone 5.. so tunggu ja lah iphone 5 hehe (nk kejar teknologi sampai bila2 pun takkan dapat huhu)
ala sony psl tolong apple buat iphone 5 nanti Xperia Arc turun chart list ambik la tanggung sendiri