20Apr

Rangkaian Sosial Tagged Mengambil-Alih Digsby

Perisian, Web 2.0

Walaupun kebanyakkan laman sosial kecundang pada era Facebook dan Twitter kini, Tagged merupakan salah satu yang masih kekalkan keuntungannya, dan terkini mereka mengambil langkah awal dengan membeli syarikat disebalik Digsby, dan mendapatkan teknologi dan pekerjanya menyertai Tagged.

Sehingga kini, ianya dilaporkan yang mana Tagged mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna, manakala Digsby mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna. Digsby merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna berinteraksi dan berkomunikasi melalui emel, IM, dan juga rangkaian sosial dengan mudah, selain mana para pemilik laman web boleh mengintegrasikan Digsby dengan mudah pada laman-laman mereka.

Harga pembelian tidak diumumkan oleh pihak Tagged, dan menurut Tagged, perkhidmatan Digsby akan dikekalkan sebagai produk berasingan, selain beberapa fungsinya akan diintegrasikan pada Tagged, termasuk teknologi komunikasi masa-nyata, yang mana bakal diperkenalkan pada Tagged.


Muxlim Pal - Dunia Maya Bercirikan Islam
Opera 10.10 Di Datangkan Bersama Opera Unite
Firefox 4.0 Memperkenalkan Halaman Tab Baru
Mau.my Di Lancarkan Sebagai Laman Iklaneka Freemium
Fungsi Sembang Pada GengBlogger Diperkenalkan Semula

4 Komen

  1. Omar pada 20 Apr 2011

    mantap la kalau tagged ni boleh beat fb… tapi cam impossible je..

  2. Budak lagi pada 20 Apr 2011

    Aku rasa tagged akan jadi pesaiang pada facebook jika semua yg dia rancang berjalan dgn lancar..

  3. suffer8zine pada 20 Apr 2011

    rasanya kalau nk lawan fb mmg kene bekerja keras la

    Terkini : Video Makhluk Asing Mati Di Rusia

  4. MR.Z pada 20 Apr 2011

    agak mustahil tagged boleh mengalahkan fb.. jika bolehla.. memang ada implikasi la langkah awal yang mereka lakukan ini..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader