Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini semua dikejutkan apabila Terato Tech, salah satu syarikat IT tempatan yang terbaik dalam menghasilkan pelbagai aplikasi mudah-alih, menolak geran yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disebabkan oleh beberapa sebab.
Walaupun antara sebab utama untuk penolakkan perkara tersebut adalah disebabkan terpaksa menunggu tempoh masa yang lama, iaitu sehingga 14 bulan untuk mendapat pengesahan, ianya juga adalah bernilai dibawah lingkungan daripada apa yang diharapkan. Segalanya ditulis oleh pihak Terato Tech sendiri dalam surat terbuka melalui laman web mereka.
Dan mungkin juga salah satu sebab yang menyebabkan pihak Terato Tech menolaknya adalah disebabkan berkaitan rasuah. Melalui perenggan terakhir pada surat terbuka tersebut, Terato Tech meminta pihak SKMM supaya mendapatkan pihak yang mempunyai ilmu yang tinggi berkenaan industri, serta bebas daripada rasuah.
Ianya merupakan salah satu perkara yang amat mendukacitakan, apatah lagi berlaku pada industri ICT kita yang baru sahaja sedang berkembang-mekar. Apatah lagi, Terato Tech sendiri pernah memenangi pelbagai anugerah ICT tempatan. Mungkin pihak SKMM perlu mengambil suatu tindakan dengan pantas untuk mengatasi pelbagai perkara ini.

37 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ini malaysia. setiap projek mesti ada rasuah..
kalau semua ketirisan ni dibendung, kita akan jimat 20billion…
syabas terato tech..mmg salute!
bukan malaysia je… almost around the world ada rasuah… cuma berselindung dengan aktiviti komuniti yang konon2 bagus
salute.!!
ade satu geran dari MOSTI,satu kampeni ni pergi tunjuk diri je. dah rasuah panel2 dgn bakal duit geran tu.alahai.
Itulah hakikatnya di Malaysia, startup2 susah nak naik, company lebih suka bg kpd kroni last2 jd abandon projek.
syabas..inilah satu sikap yang patut kita contohi…jgn kejarkan duit/dunia semata2..yang halal itu lebih berkat…dia bkn menuduh tp berjaga-jaga…so,salute Terato Tech !!!
Tahniah kepada Terato Tech…
Aku respect derang ni dan keputusan mereka. Tabik! Tapi aku rasa surat tu boleh molek sikit rasanya… yelah, kitakan Melayu.
buat apa nak molek. ni dunia bisnes
dalam dunia business tak boleh berbudi bahasa ke? walaupun marah…
Tiada masa lagi untuk berbudi bahasa
ini dunia paska milenium. melayu harus ubah ideologi lapok. sopan pada orang yang tak layak diberi horma kenapa
they got balls. big brass balls macam Alex Baldwin!
Betul.
Aku pun sedar yg semenjak dua menjak (dlm 10-15 tahun ni) org kiita mmg dah kurang budi bahasa, termasuklah aku yg bercakap nih.
Dalam Quran pun Allah suruh Nabi Musa bercakap lemah lembut dgn Firaun. Aku rasa seteruk2 org yg kita tk suka kat, teruk lagi Firaun.
Antara sbb ialah kita byk sgt disogokkan pasal benda2 negatif dari positif.
dunia bisnes kena tegas dan straightforward. maksud lagi senang sampai.
I agree, tinggalkan budaya bermuka-muka kalau nak tegas dan bersifat integrity. Tak ada masalah baca surat tersebut. Very respectful and professional. Love the last line.
Aku rasa surat tu ok je.. hehe.. Sometimes you need to give harsh words to make people change as normal tone wouldn’t make it
Aku belajar buat surat perniagaan (busniness letter), kalau yg kutip hutang tu ada 3 pucuk surat yg akan dihantar. Yg pertama bernada lembut, (kalau masih tak bayar) kedua separa lembut dan yg ketiga (ni jenis tak makan saman) nada amaran.
tm pun sma kan? psal ari tu aku download dia speed smpai 700kbps tpi tm offer pling tiggi pun 400kbps. aku gna steamyx
Hoho.. suatu tindakan yang patut dipuji aku rasa..
nampaknya Terato Tech boleh memfokuskan pembangunan Undies.my selepas ini
yg ni br ler bagus, berani kerana benar…kita jgn biasa2 kan org2 tu dgn hulur benda2 rasuah ni..
jgn lupa buat laporan kat SPRM sekali yer, baru ler kita benar2 serius dalam tangani isu rasuah ni..
tu pun klau SPRM boleh dipercayai..takut jadi kematian lg kat bangunan SPRM tu..
salute dengan keberanian dan keadilan depa..!
lapor kat SPRM?
klu kene siasat mesti ada yang terjun bangunan..
hahaha
Keep the gr8 stuffs coming Terato. InsyaAllah, you guys got a long way to go!
1 perkara aku belajar dari pengalaman aku baru2 ni – tolak 1 rezeki haram, bergolek datang rezeki halal. InsyaAllah, Allah akan bantu mereka yg sentiasa inginkan rezeki yg halal. Go Terato!
Rasuah dalam industri ICT Malaysia? Bukan perkara baru. Kalau tak, takkan la projek yg hebat2 tu ketandusan duit dan yg dapat bantuan tu semua buat projek yg lebih teruk dari NAJIS!
Syabas tearotech…… u dont need these scumbags untuk maju. Kalau ada keihklasan, ketulusan dan percaya pada diri pasti akan berjaya
RESTECPAH kata Ali G
on a side note……. jangan lepas ni ada pihak pedengki nak cover jubor pedajai Teratotech pula!
Biasalah MELEIS……….
brodah, this is tech blog.. not rubbish blog to use that word =)
skmm spttnya malu… ini sungguh mengecewakan…
Terima kasih atas perhatian yg diberikan.
Surat ini bukanlah apa-apa sangat. Dianggap sekadar luahan perasaan pun boleh juga.
Yang penting, kita sama-sama majukan industri yang sedang berkembang ini. Kalau bukan dengan bantuan tangan-tangan yang lebih berkuasa pun, sekurang-kurangnya kita saling sokong-menyokong. Itulah yang lebih penting, galakan dan semangat yang positif.
God bless you always bro. Sebab tu rezeki sentiasa datang melimpah limpah. Keep it up!
Teman rasa, adalah lebih baik kita dengan ulasan daripada kedua-dua pihak. Sekarang baru ulasan daripada Terato. korang tak perlulah beri ulasan awal-awal sangat.
yeah last paragraph tu memang headshot la..haha
pergh~ tempat intern aku kot dulu nih. macam bangga pun ada. hahaha..
maklum balas drpd pihak SKMM didambakan… apa diorang nak balas, mcm mne diorang balas dan berapa lama diorang nak balas, itu semua adalah hal diorang tp setiap gerak langkah diorang akan menjadi bahan mainan untuk orang lain… maruah dah tercalar, mcm mana diorang nak fix ?
nak approved pun 14 bulan, nak jawap ni makan tahun kot..
mencari yg halal itu fardu
14 bulan??? Tak masuk akal!
Syabas Terato. Kami semua doakan bisnes ini berkembang maju tanpa sebarang rasuah