26Apr

Tricubes Akan Menawarkan Peranti USB Biometrik Bersama Emel 1Malaysia?

Web 2.0

Selain daripada perkhidmatan emel 1Malaysia yang bakal dilancarkan oleh Tricubes bersama-sama dengan Microsoft sekitar bulan Julai kelak, ianya juga kini diperkatakan yang mana mereka bakal menyediakan perkhidmatan nilai tambah dengan menggunakan peranti USB biometrik.

Ianya diperkatakan yang mana dengan adanya peranti USB biometrik tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna MyEmail.my kelak mendapatkan perkhidmatan emel yang lebih selamat dan menggunakan penyulitan sepenuhnya. Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana para pengguna perlu ke JPN untuk mengaktifkan akaun mereka terlebih dahulu sebelum dapat gunakannya.

Walaubagaimanapun, ianya turut diperkatakan yang mana pengguna biasa masih boleh menikmati perkhidmatan mereka tanpa perlu membeli sebarang peranti tambahan, yang mana didatangkan dengan perlindungan SSL seperti biasa.

Tricubes dijangka akan melancarkan perkhidmatan emel mereka kepada umum pada bulan Julai kelak, dan menjangkakan untuk mendaftarkan lebih 5.4 juta pengguna menjelang penghujung tahun ini kelak.


MySpace Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Dapatkan Kemaskini Twitter Melalui SMS Dengan Twe2
Twitter Memperkenalkan Enjin Penemuan
Maxis Memperkenalkan Servis Tweet2Me
Skype Memperkenalkan Aplikasi Qik Video Connect

16 Komen

  1. Omar pada 26 Apr 2011

    nak login e-mel kena check retina, cap jari, dan pengecaman suarakah?

    • Anarm pada 26 Apr 2011

      kalau 3 kali buat suara tak sama, polis datang rumah on the spot.. wakakaka..

  2. Anarm pada 26 Apr 2011

    mcm2 plak prosedur dia.. menyusahkan.. USB tu entah2 nk tanam pepijat dalam komputer.. pastu skodeng aktiviti kita

  3. Jibam pada 26 Apr 2011

    Nak jual biomatrik ni …emmm…

  4. syafiq pada 26 Apr 2011

    ‘jangan potong jari aku, aku tak guna email 1malaysia’

    slogan baru untuk baju baru.

  5. TeratoMan pada 26 Apr 2011

    Saya sedang beratur di hadapan pejabat Tricubes untuk membeli peranti USB-nilai tambah ini! Woohoo! Ramai sedang beratur sama. Tidak sabar!

  6. ekspresiruang pada 26 Apr 2011

    security mcm2, tp tgk2 storage 128mb je. hahah

  7. melayubuntu pada 26 Apr 2011

    apsal aku macam xleh nak connect antara perkhidmatan email ngn peranti usb nih…

  8. titan pada 26 Apr 2011

    kene gi JPN? hampeh la wehh..

  9. Jomlinux pada 26 Apr 2011

    Kalu aku beli biometrik tu, serasi dgn Linux tak? ke Windows 8 je?

  10. myFirdaus pada 26 Apr 2011

    alamak!!! dah salah scan biometrik laa.. mampos kne tahan ngan polis mlm ni. jgn ISA sudaaa

  11. rajawali pada 26 Apr 2011

    mengarut je sume ni….dr aku beli peranti biometrik tu bek la aku beli eskrim,basah jgk tekak aku sket..hehehe….

  12. Orang Akaun pada 27 Apr 2011

    belum launch lagi dah nampak birokrasi bangang tuh..bodo


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader