15Apr

Tune Talk Menghampiri Pengguna Yang Ke-2 Juta

Telekomunikasi

Tune Talk, yang mana baru-baru ini telah membawa pulang Anugerah Keunggulan Frost & Sullivan 2011, kini telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun menghampiri pelanggan yang ke-2 juta, sekaligus memperlihatkan lagi satu kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh penyedia telekomunikasi yang baru itu.

Buat masa ini, Tune Talk mengenakan bayaran tetap untuk panggilan sebanyak 16 sen seminit ke sebarang talian di Malaysia, serta SMS pada harga hanya 5 sen ke sebarang talian di Malaysia. Selain daripada itu, Tune Talk turut sama mempunyai penggunaan data pada harga serendah 5 sen untuk satu megabyte, serta kadar panggilan IDD yang lebih murah berbanding penyedia lain.

Tune Talk buat masa ini beroperasi di atas talian Celcom Axiata, selain turut sama telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke Thailand, dimana Tune Talk Thailand menggunakan talian MVNO daripada TOT Public Company Limited. Tune Talk Malaysia telah dimulakan pada Ogos 2009, dan sehingga kini dalam masa kurang 2 tahun, mereka telah pun mempunyai hampir 2 juta pengguna.


P1 : Tiada Perancangan Untuk IPTV
SK Telecom Menambah RM50 Juta Pelaburan Pada P1
Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S2
Tune Talk Bakal Memperkenalkan Kadar Terendah Perkhidmatan BlackBerry Esok
Celcom Mengemaskini Harga Xperia Play - Kini Serendah RM848

3 Komen

  1. Omar pada 15 Apr 2011

    aku sebagai salah seorang pengguna tunetalk.. merasa sedikit tercabar kesetiaan ni selepas Celcom melancarkan Kolony dan bukak Amanz ni keluar iklan Unlimited tentang U-Mobile tu..

  2. MuJE pada 18 Apr 2011

    nanti dah habis contract upax celcom maybe boleh berpindah ke tunetalk.. :)

    • stammofa pada 21 Apr 2011

      habis kontrak upax? aku dah 28, pakai upax mase kat u dulu, skang nih masih tariff upax celcom… takde masalah…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader