Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan Discover Twitter sebelum ini, kini Twitter terus memudahkan para pengguna untuk mengikuti akaun-akaun Twitter yang bersesuaian dengan minat anda melalui carian dan juga melalui tab “Who To Follow“.

Halaman Who To Follow Pada Twitter
Ianya juga pada masa yang sama menjadikan Twitter lebih menarik lagi. Sekiranya anda pernah menggunakan fungsi carian Twitter sebelum ini, setiap pengguna yang dicadangkan Twitter adalah berdasarkan kata kunci carian. Namun dengan perkara baru yang diperkenalkan hari ini, ianya memperlihatkan pengguna yang relevan dengan kata kunci carian tersebut.
Selain daripada itu, Twitter juga turut sama memperlihatkan tip apabila anda melakukan carian padanya, dimana ianya kini memperlihatkan penggunaan beberapa tag dan juga carian Advanced pada Twitter dengan mudah.
1 Komen
Tinggalkan Komen Anda
akaun Twitter yang bersesuaian dengan minat anda < suka ayat ni
sebab ramai sentap kalau org tak follow, udah org tak minat
ye tak?
erk..sebenarnya tak de lah sampai gitu
follow juga sesapa yg tegur, kalau dia follow pastu diam
tak dptlah nak nolong eehh