19Apr

Twitter Dalam Perbincangan Awal Mengambil-Alih TweetDeck

Web 2.0

Selain daripada UberMedia yang diperkatakan sedang berbincang dengan pihak TweetDeck, kini Twitter juga diperkatakan sedang melakukan perkara sama, dimana ianya diperkatakan yang Twitter dalam perbincangan awal, menawarkan sehingga $50 juta untuk mengambil-alih perkhidmatan TweetDeck.

Ianya masih lagi tidak diketahui apakah dan bagaimanakah Twitter akan menggunakan TweetDeck kelak, namun ianya mungkin salah satu langkah yang baik, memandangkan kebanyakkan pengguna desktop menggunakan aplikasi tersebut, dan sehingga kini Twitter masih lagi belum menawarkan aplikasi desktop untuk penggunanya.

TweetDeck Web
TweetDeck Turut Diperkatakan Akan Memperkenalkan Aplikasi Web

Perbincangan awal masih lagi sedang berlaku buat masa ini, dan masih belum diumumkan secara rasmi berkaitan pengambil-alihan ini.

Tips daripada AffanRuslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau emelkan kepada firdaus(a)amanz.my


TweetNews : Enjin Carian Berita Dari Pembangun Yahoo!
Tonton.com.my Versi HTML5 Menjelang November 2010
Maybank2U Memperkenalkan Lapisan Sekuriti Yang Baru
Pendaftaran Joomla! Day Malaysia 2011 Dibuka
TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 - Membawakan Pelbagai Sokongan Baru

2 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 19 Apr 2011

    tips daripada affanruslan?? Berminat nak taw yang tu…

  2. wazy pada 19 Apr 2011

    Agak-agak cmner la eh interface kat tweetdek tu nanti
    adakah still sama atau dorang buat baru


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader