11Apr

(Ura-Ura) iPhone 4 Daripada Celcom Seawal 25 April?

Gajet, Telekomunikasi

Setelah Celcom mengumumkan secara rasminya yang mana mereka bakal mula menawarkan iPhone 4 kepada para penggunanya, kini timbul beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Celcom akan mula menawarkannya sekitar 25 April ini, ataupun bulan Mei ini nanti.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak dapat disahkan, namun ramai pihak memperkatakan yang mana Celcom akan menawarkannya pada bulan Mei ini nanti. Namun terdapat juga yang memperkatakan Celcom akan menawarkannya bermula penghujung bulan April ini, iaitu bermula daripada 25 April ini. Buat masa ini, halaman Celcom iPhone membawakan para pengguna kehalaman Celcom Exec.

Celcom merupakan penyedia telekomunikasi tempatan ke-3 yang membawa masuk iPhone ke Malaysia selepas Maxis dan juga DiGi. Walaupun ianya kelihatan sedikit terlambat untuk menawarkan iPhone 4 di Malaysia, namun untuk generasi iPhone yang seterusnya, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat suatu saingan yang sengit diantara para penyedia telekomunikasi tempatan ini.


HSBB Daripada TM Di Kenali Sebagai UniFi
HTC Malaysia Menurunkan Harga HTC Flyer Menjadi RM2099
Samsung Memperkenalkan Galaxy Note Dengan S Pen
Jualan Peranti Keluarga Samsung Galaxy S Melangkaui Angka 30 Juta Unit
Maxis Menawarkan Ruangan Storan Awan - Aplikasi Maxis Loker Sedia Untuk Digunakan

8 Komen

  1. penyubiru pada 11 Apr 2011

    mesti plan diorang lagi mengancam. maxis & digi tak senang duduk aa tu. hehe

  2. romli pada 11 Apr 2011

    lambat bebeno celcom ni. teman punye dah nak dekat 9 bulan dah pakai.
    dah jemu tengok hari hari.

    • rizuani pada 11 Apr 2011

      owhh dah 9 bulan..dah bole beranak satu lagi iPhone ni…

  3. Orang Akaun pada 11 Apr 2011

    nak tengok sket dia punya promosi cena..kalau lg best dari maxis, for sure aku rembat

  4. ziq pada 11 Apr 2011

    den hrp celcom punyo offer lgi elok dri operator len

  5. kaizendeen pada 11 Apr 2011

    Kalau ikut nafsu macam best je pakaje2 diorg ni..Tapi kalau ikut akal…membazir je..sbb dh ada tel kat tangan … guna apa yg ada je… :)

  6. AMiRU pada 11 Apr 2011

    Finally, celcom nak bawa masuk iphone! Hopefully plan yang diorang offer lebih menarik dari telco lain.

  7. fahmi ibrahim pada 11 Apr 2011

    tunggu iphone 5 :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader