30Apr

USM Bakal Membangunkan Tablet Pendidikan Berasaskan Android

Gajet

Dengan dunia yang beralih kepada peranti berbentuk tablet, kini Malaysia turut tidak ketinggalan, dimana selepas tablet pertama daripada Mimos yang tidak dipasarkan kepada umum, kini Universiti Sains Malaysia (USM) bakal mengeluarkan tablet mereka sendiri yang dipanggil sebagai The Padi.

Tablet daripada USM ini kelak akan lebih menumpukan kepada pendidikan, dan buat masa ini, pihak USM sendiri sedang mencari pengatur-cara untuk menjayakan program ini. Menariknya, melalui projek ini juga, tablet tersebut dijangka akan mengintegrasikan sebuah enjin khas, untuk para pengguna mencari jawapan dan sebagainya, dan akan menggunakan sumber terbuka sepenuhnya.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran tablet daripada pihak USM ini masih lagi tidak diketahui, dan ianya mungkin akan diperlihatkan seawal penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya kelak.


PayPal Memperkenalkan Transaksi Dalam Ringgit
Tiada Samsung Galaxy S2 Sehingga Bulan Jun
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
DiGi Bakal Menawarkan Samsung Galaxy S2
(Video) Nyah-Kotak HTC Sensation XE

8 Komen

  1. ubuntukipas pada 30 Apr 2011

    baik pakai tablet Ubuntu (Unity) je lg syok and mcm2 boleh buat….

  2. syahrilhafiz pada 30 Apr 2011

    gila lah, bila POLISAS nak macam ni

  3. teDD pada 01 May 2011

    wow..tukar universiti lar..hehe>>:)

  4. Omar pada 01 May 2011

    best la USM pasni…

  5. Adliayob pada 01 May 2011

    Hmm, berita baik sebab akan mengikut jejak UC Berkeley (BSD Unix / Free BSD). Harap tidak dipolitikkan dan tidak bercerita ‘lebih sudu dari kuah’. Langkah seterusnya – USM perlu mengiktiraf dan menjadikan BLOGGER sebagai platform promosi. Dicadangkan utk melantik blogger teknologi dalam Bahasa Melayu seperti AMANZ.MY dan SYMBIANKU.COM. Jangan menafikan sumbangan blogger pada negara! Hehehe.

  6. huhu pada 02 May 2011

    LOL

    [i]Pad
    Pad[i]

    keep up the good work USM!

  7. Danny Jafni pada 20 May 2011

    Berbangga aku dengan USM… Go USM… =)

  8. AMR pada 06 Oct 2011

    go usm go!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader