08Apr

Versi Pembangunan Pertama Firefox 6.0 Seawal Pertengahan April

Perisian, Sumber Terbuka

Nampaknya Mozilla kini benar-benar dalam usaha mempercepatkan pembangunan pelayar web Firefox mereka. Seperti sedia maklum, Firefox 4.2pre-alpha diperkatakan sebagai versi pembangunan pertama untuk Firefox 5, dan menariknya kini menurut Mozilla, para pengguna akan dapat mengakses versi pembangunan Firefox 6 seawal pertengahan April ini.

Melalui jadual terbaru yang diperlihatkan, para pengguna mungkin akan dapat menggunakan Firefox 5 seawal bulan Jun atau Julai, dan versi-versi seterusnya akan diperkenalkan dengan lebih pantas lagi selepas itu. Versi pembangunan pertama Firefox 6.0 dijangka akan diperkenalkan seawal 12 April, sementara versi pembangunan pertama Firefox 7.0 dijangka akan diperkenalkan seawal 17 April.

Selain daripada itu, Mozilla juga turut menambah saluran Mozilla-Aurora, selain daripada Saluran Mozilla-Central, Beta dan juga Release. Ianya merupakan sebahagian daripada cara Mozilla untuk mempercepatkan lagi pembangunan, dan mengikuti jadual 6 minggu yang diperkatakan sebelum ini.

Buat masa ini, Mozilla baru sahaja melepaskan Firefox 4.0 yang mana sehingga kini telah dimuat-turun lebih daripada 68 juta kali. Selain daripada pelayar web desktop, Mozilla juga turut sama memperkenalkan Firefox Mobile 4.0 untuk para pengguna Android dan Maemo.


AVG 9.0 Kini Lebih Pantas Dan Menjimatkan Memori
Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda
Opera 11 Alpha Kini Menyokong Extensions
Pelayar Web Bolt Untuk Android Dilancarkan Dan Sedia Dimuat-Turun
Adakah Tema Ikon Pada Ubuntu 12.04 Kelak Akan Kelihatan Seperti Ini?

4 Komen

  1. syahrilhafiz pada 08 Apr 2011

    pergh, laju betul diorang ni..

  2. computer guy pada 08 Apr 2011

    wow.. super fast… “dear Mozilla team, make your browser powerful but light, use small RAM, no hang, can open multi tab with each tab loading all kind of web 2.0 sites…tq”

  3. shaharil pada 09 Apr 2011

    Perghhh… firefox 5 lagi belum keluar lagi. Tapi dah nak mula bangunkan firefox 7. Laju betul pembangunan yang dilakukan oleh Mozilla.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Firefox 5.0 Bakal Dilancarkan Pada 21 Jun Kelak | LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader