Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sehingga kini hanya beberapa paparan skrin berbentuk gambar sahaja mula kelihatan, kini versi pembangunan Windows 8 yang membawa angka pembangunan 7955 diperlihatkan dalam bentuk video, sekaligus memperlihatkan pelbagai fungsi-fungsi yang pernah diperlihatkan sebelum ini.
Sebelum ini, pada awal minggu ini, Windows 8 Milestone 1 dengan angka pembangunan 7850 telah pun mula tersebar dilaman-laman torrent. Namun begitu, ianya merupakan versi pembangunan yang lama, yang mana telah dihimpunkan pada tahun lepas. Video yang memperlihatkan Windows 8 Build 7955 semestinya yang terkini, dengan membawakan skrin log masuk seperti mana yang pernah diperlihatkan sebelum ini, serta beberapa fungsi yang lain.
Mungkin dengan ini, kita akan dapat lebih banyak versi-versi pembangunan baru Windows 8 mula tersebar ke internet tidak lama lagi. Microsoft juga dijangka akan melancarkan Windows 8 Beta pada penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikannya.
5 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
lbih kurang sma je dgn w7 cume kat taskbar tu je yg lain dgn login screen
yup..ini bru peringkat awal based on kernel windows 7.. cuba baca Windows 8 Build 7955.. masih banyak lagi peringkat yang akan diubah suai oleh microsoft.. so,kita tunggu sampai microsoft release windows 8 build 8**** versi trial baru nampak perubahan drastiknya..
cepatnya
x sabar nak lihat
tidak ada apa yang menarik kecuali bsod yang dipertingkatkan design. lol.