Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Perdebatan mengenai projek emel 1Malaysia sejak daripada semalam telah membawa kepada perbincangan sebuah projek yang seumpamanya pernah diperkenalkan sekitar tahun 1999 sebelum ini, dengan nama WauMail. Namun begitu, amat mendukacitakan memandangkan projek tersebut tidak lagi aktif buat masa ini.
WauMail telah dilancarkan secara rasminya pada 12 Julai 1999, dimana ianya telah dibangunkan bersama-sama oleh Technology Park Malaysia dan juga Intelliweb Sdn Bhd. WauMail sebelum ini telah ditawarkan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan juga Bahasa Tamil. Pada tahun 2001, WauMail telah pun digodam, dan ketika itu ianya diperkatakan yang mana WauMail mempunyai lebih daripada 600,000 orang pengguna.

WauMail Pada Tahun 1999

WauMail Pada Tahun 2000
Menariknya mengenai WauMail adalah dimana ianya selain menyediakan perkhidmatan emel seperti biasa, ianya juga turut sama menyokong fungsi pesanan suara, dimana anda boleh menghantar dan menerima pesanan suara bersama-sama pengguna WauMail yang lain. WauMail yang dimulakan sebagai perkhidmatan percuma, turut sama mula memperkenalkan perkhidmatan berbayar sekitar tahun 2002, serta turut sama menyokong domain lain untuk digunakan bersama-sama dengannya.

WauMail Pada Tahun 2001

WauMail Pada Tahun 2004
Sepanjang beberapa tahun selepas itu, nama syarikat disebaliknya terus berubah, daripada Intelliweb Sdn Bhd, kemudian kepada Ivoli Sdn Bhd, dan kepada Wau Solutions Sdn Bhd. Namun begitu, ianya tidak diketahui mengapakah perkhidmatan tersebut berkubur, dan tidak lagi aktif sehingga sekarang.
16 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Tak dapat bailout kerajaan kot
waaa.. aku pernah pakai waumail nii.. thanks amanz sbb igtkan kembali.. giler laa sebenarnyer mmg dah hilang ingatan pasal email niii..
ini nostalgia
cinta pertama mungkin? hahaha..
intelliweb sdn bhd tidak pernah bertukar nama still smpi skrg mgunakan nama comp tersebut tetapi comp tersebut hanya membuat AKTIVITI PERUNDING SELAIN DARIPADA PERUNDING ARKITEK, KEJURUTERAAN DAN PENGURUSAN dan dimonopoli oleh orang india.
bagi company ivoli pula dimonopoli melayu dan india dah salah 1 shareholder dimilik oleh TECHNOLOGY PARK MALAYSIA CORPORATION SDN. BHD. selain pesendirian,
bagi company Wau Solutions sdn bhd status company tersebut dormant sblm ni wau solutions didaftar nama ITS WIRELESS (M) SDN. BHD. kepada ITS TELECOMMUNICATION SDN. BHD. dan kepada WAU SOLUTIONS..
pergh byk info. aman. boleh masuk team hg ni
penah pakai waumail ni. yang klaka nyer bile org mintak email mase tu, kita cakap @waumail.com org akan tanya balik 2-3 kali. pelik gaknye dgr waumail tu..
hm, tak tau plak yg waumail ni kena hack . patut la ade 1 mase tu aku nak bukak n login tak boleh n die kata login salah.. agak bengang mase tu, agin tak pasal2. biaselah, budak baru nak kenal komputer ms tu, tu pon baru je dapat pki internet
ooo ini ler rupanya kawan lama projek baru, lepas ni akan dapat ler sama2 bersemadi dgn tenang kerana ada kawan…haha
Alaaaa, why I can’t remember pun this WauMail thingy!! Tapi logo tu familiar sangattt
salah satu lagenda! seangkatan email@selipar.com sudah hanyut bersama tsunami.
aku penah ade akaun waumail.. hahaha.. giler ahh.. kenangan siot.. patut la tiba2 ilang waumail aku.. kene hack rupanya.. maksud ‘hack’ pon aku tak tau lagi zaman tu.. cekelat hack aku tau la.. sedap
hahaha. Anarm la..
aku dulu ada gak akaun waumail ni. memang lama gila..dia punya site..memang buruk la..tapi still leh hantar dan terima email. tu yang aku pakai..last-last..bila yahoo dengan gmail makin mantapp..terus lupa waumail nih..
waumail?? kalo doramail tu pernah la gune..ekeke
Waumail, mengingatkan kembali nostalgia zaman sekolah!