21Apr

We Love Japan – Derma Melalui Bidaan

Web 2.0

Kini Aegis Media bersama-sama dengan pembangun ILoveDiscounts telah pun memperkenalkan salah satu portal baru, iaitu We Love Japan. Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna membantu mereka yang memerlukan dengan konsep membida barangan kegemaran mereka.


Halaman Web WeLoveJapan

Melalui laman We Love Japan itu, pelbagai barangan diperlihatkan yang mana boleh dibida oleh para pengguna tempatan, dan menariknya disamping anda akan mendapat barangan tersebut sekiranya berjaya, wang yang dikumpulkan juga akan terus disalurkan kepada dana bantuan Jepun.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menderma terus secara terus melalui halaman We Love Japan dan ianya akan disalurkan terus ke badan yang berkenaan. Walaupun ianya seperti sedikit lambat, projek ini turut sama mendapat sokongan ramai pihak, termasuk Says.my. Segala bidaan akan bermula esok.


Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry Beta Di Lepaskan
FB : Lebih Kawalan Untuk Info Yang Di Kongsi
GengBlogger Memperkenalkan Widget Pelawat
Antaramuka Pertama Laman Undies.my Diperlihatkan
TableFour.Us Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Jun

2 Komen

  1. harry pada 21 Apr 2011

    lebih baik buat dana untuk bantu ramai penduduk miskin di malaysia… inilah yg dinamakan, godzilla di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran… :P

  2. Ali ridha pada 21 Apr 2011

    kami suka derma.bukan welovejapan je.huuu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader