09Apr

Web Impian Memperkenalkan Laman LiveUpdat.es

Web 2.0

Selain daripada beberapa projek besar, WebImpian juga turut sama menghabiskan masa mereka dengan beberapa projek sampingan, dan antaranya adalah LiveUpdat.es, yang baru sahaja diperkenalkan, membawakan kemaskini masa-nyata terus daripada halaman Twitter, yang memfokuskan mengenai Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10.


Antaramuka Laman LiveUpdates

Menariknya adalah dimana setiap Tweet disusun dengan kemas, selain turut memperlihatkan kemaskini semasa berkaitan berapakah tweet yang telah dihantar oleh para pengguna mengenai BN, PKR, DAP, PAS, SNAP, BEBAS, dan juga PCM.

LiveUpdates menggunakan kata kunci Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 ini sebagai sebuah ujian ringkas sahaja, dan akan memperkenalkan sesuatu yang lebih menarik lagi selepas pilihan raya tersebut tamat. Mungkinkah selepas ini ianya akan dipecahkan mengikut setiap kategori, memperlihatkan kemaskini semasa sukan, trafik dan sebagainya? Sama-sama kita nantikannya.


Facebook Places Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
Groupon Malaysia Mencapai 100,000 Orang Pengguna
Fungsi Ticker Pada Facebook Diuji Dengan Lebih Meluas
Bersama Pembangun Evenesis - Finalis Anugerah NEF-Awani 2011
ChurpChup Mula Menggunakan Populariti 9GAG Dan Reddit Untuk Menarik Pengguna

5 Komen

  1. Omar pada 09 Apr 2011

    style… pasni ada event apa2.. leh terus dpt dari web ni..

  2. kaizendeen pada 09 Apr 2011

    Wah menarik ni…klu tak baca amanz tak tahu aku..hehehe

  3. Razak Muhaimin pada 10 Apr 2011

    Teruskan usaha kalian di Web Impian untuk terus memeriahkan industri web tempatan. Tahniah! :)

  4. romli pada 10 Apr 2011

    usaha begini patut dicontohi teratotech. bukan nye bagitau orang seluar dalam.

  5. wazy pada 10 Apr 2011

    bagus ada liveupdates macam ni
    boleh ikuti perkembangan secara online


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader