23Apr

Windows 7 Telah Terjual Lebih 350 Juta Salinan

Microsoft

Setelah 18 bulan sejak Windows 7 dilancarkan, kini ianya telah mencapai salah satu pencapaian yang serba baru, dimana lebih daripada 350 juta lesen Windows 7 telah dijual sehingga kini, memperlihatkan banyak perniagaan yang beralih kepada sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

Windows 7
Windows 7 Ketika Dilancarkan Di Malaysia Pada November 2009

Walaubagaimanapun, selain daripada Windows 7, para pengguna juga ada yang masih kekal menggunakan Windows XP dan Vista sehingga kini, memperlihatkan potensi jualan Windows 7 masih tinggi lagi. Baru-baru ini juga Microsoft telah melancarkan Internet Explorer 9, menghentikan sokongan untuk Windows XP, serta memperkenalkan Internet Explorer 10 yang tidak lagi akan menyokong Vista, meminta pengguna beralih kepada versi sistem operasi yang baru.

Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang giat membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini, dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Januari 2013 kelak.


Microsoft Menamatkan Projek Kin
IE9 Beta Di Muat-Turun Lebih 10 Juta Kali
Windows 8 Bakal Didatangkan Bersama-Sama AppStore?
Aplikasi FoodSpotting Hadir Ke Platform Windows Phone
Media Center Hanya Pada Versi Windows 8 Pro Sahaja?

7 Komen

  1. ekspresiruang pada 23 Apr 2011

    masih maintain dgn windows vista sbb xtukar2 laptop lg. huhu

    • Eizil pada 23 Apr 2011

      Naper tak upgrade jer, aku nyer laptop asal vista, run lagi smooth bila pakai Windows 7.

  2. afiq aiman pada 23 Apr 2011

    tu yg ada lesen. kalau campur sekali yg guna pirate brape la agaknya ye hihi

  3. shakroil pada 23 Apr 2011

    aku masih guna windows xp! haha!

  4. SJ pada 23 Apr 2011

    x termsuk aku. kang w8 pun nak install pirate jugak.

  5. Omar pada 24 Apr 2011

    tu termasuk yang dah preload windows 7, tapi bila sampai office, Unit IT tukar jadi Win XP…hehe

  6. Hafaisy pada 25 Apr 2011

    aku rasa , 3x ganda 350 juta salinan pirate telah dijual dan didownload dan diupload.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader