Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan populariti AppStore, nampaknya Microsoft juga melalui Windows 8 akan mengintegrasikannya, memudahkan para pengguna untuk memasang pelbagai aplikasi dengan mudah tanpa perlu melalui pelbagai proses yang sukar seperti sebelumnya. Paparan skrin AppStore pada Windows mula kelihatan sejak hari ini, namun ianya tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Walaupun paparan skrin AppStore mula kelihatan sejak hari ini di internet, kesahihan perkara ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Namun begitu, sebelum ini, pelbagai ura-ura berkaitan kedai aplikasi Microsoft sendiri untuk sistem operasi Windows sudah pun kedengaran.
Menurut WinRumors, berkemungkinan besar, sekiranya perkara ini benar, maka ianya mungkin pada masa yang sama akan ditawarkan kepada beberapa sistem operasi Windows sebelum ini, termasuk Windows 7.
Sehingga kini, Microsoft masih senyap akan mengenai fugsi-fungsi baru pada Windows 8. Jangkaan awal memperkatakan yang mana Microsoft akan memperkenalkan Windows 8 Beta kepada para pengguna umum seawal penghujung tahun ini.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kalau ada appstore bagus jugakk..tapi kalau berbayar………
………
…..
Windows kata, Jangan harap la aku nak bagi free…
hahaha….
ala, mesti ada apps free.. kalau bayar pun apa salahnya. takkan nak stay dengan software haram sampai bila2
bagus jugak..sbb newbie kadang2 download dari source yang ntah apa2 even utk free app.. official appstore leh kurangkan risiko virus..
betul3
setuju sgt2. kena sentiasa aware yg ciplak tu slalunya terdedah dgn virus
kalu free aje gates xle jadi billionaire…hu3
It’s fake.
http://www.neowin.net/forum/topic/967600-windows-app-store-screenshot/