Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu fungsi baru pada Windows 8 kelak adalah History Vault, dimana melaluinya, ianya membolehkan anda membuat salinan fail dan data anda secara automatik. Menariknya mengenai History Vault adalah dimana anda boleh mengembalikan fail dan data yang diinginkan anda dengan mudah mengikut masa yang spesifik.

History Vault pada Windows 8 [via]
Para pengguna juga turut sama boleh memilih fail-fail yang ingin dikembalikan semula selain daripada memulihkannya mengikut latar masa. Bagi para pengguna Mac OS X, mereka mungkin sudah biasa dengan fungsi seumpamanya yang dipanggil sebagai TimeMachine.
Dengan Windows 8 Build 7955 yang tersebar baru-baru ini, pelbagai fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Windows 8 mula kelihatan satu demi satu, sekaligus memperlihatkan yang mana Windows 8 bakal membawakan pelbagai perubahan dan perkara baru pada sistem operasinya kelak. Sama-sama nantikan pelbagai perkembangan Windows 8 dari semasa ke semasa.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam tiru apple je. ketinggalan sungguh windows ni.
Time Machine tuh function yg dah ada dalam vista Shadow Copy…cuma fancy effect je, who’s copying who?
Ni sama macam Shadow Copy kat Windows Vista tu ke?
Yup. Tapi leh dikatakan sebagai Shadow Copy yang dinaik-taraf.
ni klau file yg x sengaja delete bleh ambik balik ke?
confirm makan space. tapi skrg da xkisah. hd smua saiz besor. nice one. skrg pn da leh guna cara camni.. install acronis je. tapi bgsla diorg buat built-in.