Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, ianya telah sedia diperkatakan yang mana Windows 8 kelak akan membawakan fungsi boot komputer yang lebih pantas berbanding sebelumnya, dan untuk mengukuhkannya lagi, kini salah satu fungsi baru kelihatan pada versi pembangunan Windows 8 yang mana dipanggil sebagai Hybrid Boot.

Fungsi Hybrid Boot Pada Versi Pembangunan Windows 8 [via]
Melalui Hybrid Boot ini kelak, ianya mengurangkan masa yang diambil oleh komputer untuk memulakan kembali setelah ditutup sebelumnya. Dengan memilih tetapan Hybrid Boot, ianya akan mengantikan fungsi Shutdown klasik yang terdapat pada Windows, sekaligus menjimatkan masa anda untuk memulakan kembali komputer anda setelah menutupnya.
Windows 8 merupakan versi generasi Windows yang kini sedang dibangunkan oleh Microsoft, dan diperkatakan sudah pun mencapai Milestone 3, iaitu versi sebelum versi Beta dilepaskan kepada umum. Windows 8 dijangka akan dilepaskan kepada umum lewat tahun ini, seterusnya dilancarkan pada lewat 2012, dan mula dijual pada Januari 2013 kelak.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
boleh lawan linux tak ni boot in 5 sec..ekeke
aku tak rasa booting time win8 boleh celen linux lah.. kekeke..
startup dgn shutdown kan depend on computer spec
os berbeza pun main peranan. tu sebab linux startup laju cam cipan. so mungkin fungsi ni dapat bantu.
tak sabor kawe nk nunggu windows 8>> hihihihihi
boot w7 pun dah laju
arap2 win 8 kang rupe lebih futuristik sket, kalo sme cam win 7, ..!..
Saya sebenarnya ingin tahu sama ada ini akan menyusahkan pengguna yang ingin mencuba linux dalam komputer secara dual boot….
rasanya macam tak kot..
bagus la macam ni
nak boot tak ambil masa yang lama
apakah win8 lebih user friendly
Setiap benda ada baik buruknya….tunggu dan lihat?????