26Apr

Windows 8 Membawakan Papan Kekunci Pada Skrin Yang Baru

Microsoft

Dengan tersebarnya Windows 8 Build 7955 pada minggu ini, beberapa fungsi baru lagi diperlihatkan, termasuk History Vault, dan juga terkini sebuah video memperlihatkan Windows 8 yang mesra skrin sentuh, serta membawakan beberapa efek baru untuk kawalan tetikus dan papan kekunci pada skrin yang diberikan nafas baru.

Melaluinya, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Microsoft akan menjadikan Windows 8 ini mesra tablet, dan mungkin juga kita akan lihat beberapa tablet dilancarkan bersama-sama ketika pelancarannya kelak.

Pada masa ini, Microsoft telah pun mulakan pembangunan Windows 8 M3, namun masih tiada versi pembangunan M3 yang tersebar buat masa ini. Windows 8 Build 7955 ini merupakan daripada Milestone 2 yang telah sekian lama dihabiskan pembangunannya.


Windows 7 Build 7262 Menghampiri Versi RTM
Penggunaan Internet Explorer Terus Merosot
IE9 Platform Preview 4 Sedia Di Uji
Microsoft Akan Memperkenalkan Windows OS Untuk Tablet
Windows 8 Bakal Membawakan Keperluan Sistem Seperti Windows 7

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 26 Apr 2011

    revolusi tablet Apple akhirnya dah jadi satu kewajipan dalam dunia IT skg

    • kikoz pada 27 Apr 2011

      tak betul tu…xde windows xde IT itu yg betul..

  2. Taufik Mansor pada 27 Apr 2011

    video ni pun dh kena remove…. :(


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader