06Apr

Xperia Arc Mula Dijual Pada Harga RM1499 Melalui Maxis

Gajet

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson Xperia Arc dilancarkan secara rasminya pada harga RM2099. Namun begitu, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan pakej dan pelan khas daripada Maxis.

Xperia Arc
Xperia Arc Didatangkan Dalam Dua Warna Berbeza [via]

Maxis menawarkan Xperia Arc pada harga bermula RM1499 dengan kontrak 24 bulan, RM1599 dengan kontrak 18 bulan ataupun RM1749 dengan kontrak 12 bulan.

Xperia Arc
Sokongan Mikro-HDMI Pada Xperia Arc [via]

Xperia Arc merupakan salah satu peranti Android terkini daripada Sony Ericsson, membawakan Android 2.3, serta membawakan rekabentuk yang menarik. Ianya turut membawakan skrin sentuh dengan teknologi Bravia seluas 4.2-inch dengan resolusi 854×480 pixel, serta kamera 8.1 megapixel dengan sokongan HD. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan mikro-HDMI, membolehkan anda menghubungkannya pada TV dengan mudah.


Teknologi dan Internet Sepanjang Tahun 2009
Samsung Menguji Peranti LTE Dengan Nama Kod Celox
HTC Sedang Mencari Alternatif Untuk Android?
Nokia Memperkenalkan Kemaskini Nokia Belle Bermula Dari Hari Ini
Telefon Pintar Intel Pertama Bakal Dilancarkan Minggu Ini

13 Komen

  1. zool pada 06 Apr 2011

    Pergh rasa cam best je. tapi kalau aku sambar pun bukan pandai pun guna ni. almaklumlah orang kampung

  2. fikri pada 06 Apr 2011

    boring arr android..

    • Iskandar pada 06 Apr 2011

      Boring bila compare dengan apa ?

  3. syafiq pada 06 Apr 2011

    emm satu lagi android. antara HTC & SE mana terbaik dalam hal android ek?

    • Azam pada 06 Apr 2011

      HTC is well-known… SE now getting more user friendly..SE benarkan unlock bootloader.. tu yang best tu

    • Iskandar pada 06 Apr 2011

      Aku pakai HTC Desire, camera kureng sikit. Phone Sony w810i yg dah dekat 10 tahun umur dia pun jauh lagi baik.

      So, kalau camera Sony sebaik atau lebih baik dari dulu, aku tinggalkan HTC

  4. piratz pada 06 Apr 2011

    yang ni maxis tak buat review ke

  5. chidori pada 06 Apr 2011

    terbaekk

  6. penyubiru pada 06 Apr 2011

    ingatkan retail price tadi. rupanya kontrak. hmmm..

  7. Eriyza pada 06 Apr 2011

    Kupasan topik yang menarik tp android pun
    cheq kurang memahami apakah bendanya.

  8. suffer8zine pada 06 Apr 2011

    ade sape2 nak belanja? :P

  9. ekspresiruang pada 06 Apr 2011

    mcm best je xperia ni. nipis gile

  10. fazrin pada 08 Apr 2011

    xde wit nak beli…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader