18Apr

Yahoo! Buzz Akan Ditutup Pada 21 April

Yahoo!

Setelah mengumumkan penutupan beberapa produk Yahoo! sebelum ini, kini Yahoo! terus menambah produk dan perkhidmatan yang akan dihentikan mereka, dan terbaru adalah Yahoo! Buzz. Menurut Yahoo!, Yahoo! Buzz akan dihentikan sokongan bermula 21 April, dan selepas tarikh tersebut laman tersebut tidak lagi akan dapat diakses.

Yahoo! Buzz sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2008, membawakan fungsi lebih kurang sama seperti laman popular Digg, dimana para pengguna boleh berkongsi artikel-artikel menarik bersama para pengguna yang lain.

Sebelum ini, pada akhir tahun lepas, beberapa produk Yahoo! diperkatakan akan dihentikan, dan Yahoo! telah pun menutup MyBlogLog, dan terkini nampaknya Yahoo! Buzz. Nampaknya, selain daripada Google, Yahoo! turut sama mempunyai masalah dalam membangunkan perkhidmatan sosial mereka.


Yahoo! Memperkenalkan Web Analytics
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Facebook Kini Laman Ke Tiga Terbesar Di Dunia
Flickr Kini Mengehos Lebih 6 Billion Gambar
Yahoo! Meme Bakal Dimatikan Pada 25 Mei 2012

9 Komen

  1. Ali ridha pada 18 Apr 2011

    rugi la pula yahoo tutup.
    baru seronok letak entri baru
    di yahoo buzz.

  2. decrewz pada 18 Apr 2011

    Xpelah tutup pun, x ramai yang guna…he3

  3. ekspresiruang pada 18 Apr 2011

    ini membuktikan tak semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi akan diterimapakai oleh pengguna

  4. Budak lagi pada 19 Apr 2011

    Jangan ada pulak ada syarikat Malaysia yg beli..hehehe.kalau boleh kita buat produk yg lebih hebat lagi .. dan diterima semua

  5. beliamuda pada 19 Apr 2011

    Dah nak tutup eh. Baru je nak kenal dengan Yahoo! Buzz.

  6. muhammad fakhruddin pada 19 Apr 2011

    Mungkin disebabkan perubahan dasar Yahoo dan Google. Daripada menyokong perkhidmatan-perkhidmatan yang kurang menguntungkan, lebih baik fokus kepada R&D dan memantapkan produk yang sedia ada.

  7. chidori pada 19 Apr 2011

    kurang dapat sambutan so tutup terus la senang.. jimat server, bleh pakai untuk projek lain

  8. Izzulamir pada 19 Apr 2011

    Semakin hari semakain byk produk Yahoo yg ttp,maybe syarikatnye tdk mampu utk menampung perbelanjaan yg byk kot dan mengambil langkah mudah dgn menutup servisnye.

    • Lol pada 22 Apr 2011

      bagus juga diorg tutup yahoo buzz. Better diorg tumpu pada search engine dan email development. Mcm skrg dalam email yahoo, ada yahoo buzz yg betol2 annoying. langsung tak diperlukan. Sepatutnya “Email” adalah “Email” dan bukan “Email” adalah Social Network.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader