18May

1tube Memperkenalkan Pengiklanan Pada Video

Web 2.0

Selain dalam proses membangunkan rekabentuk halaman yang serba baru, 1tube.my juga kini dilihat memperkenalkan salah satu perkara baru pada halaman mereka, iaitu pengiklanan diatas video, sama seperti apa yang terdapat pada YouTube. Melaluinya ianya membolehkan para pengiklan mengiklan dengan mudah produk mereka diatas video-video yang terdapat pada 1tube.my

Namun begitu, ianya dilihat yang mana para pemilik video turut sama mempunyai kawalan keatas pengurusan pengiklanan pada video mereka, membolehkan pengiklan menghubungi pemilik video tersebut, tanpa perlu melalui pihak 1tube.my. Namun begitu, ianya tidak diketahui bagaimanakah perjanjian pihak 1tube.my dengan pemilik video tersebut, selain mana berapakah peratusan keuntungan yang akan diperolehi oleh pihak 1tube.my melaluinya.


CastClick - Syarikat Pengiklanan Ke-10 di Malaysia
Lebih 18 Ribu Orang Mengikuti Siaran Web AJL 24
Adakah Laman Negaraku Akan Kembali?
Facebook Mula Memperkenalkan Photo Viewer Baru
Pengguna TonTon Dari Peranti Mudah-Alih Memperlihatkan Peningkatan

10 Komen

  1. akmalhilmi pada 18 May 2011

    uih laju kaw :p
    hahah

    untung andy tu
    huhu

  2. ka6 pada 18 May 2011

    Kalo nak dibandingkan dgn utube, mmg jauh lagik, tapi permulaan yg bagus. Tapi rasanyer penggunaan “tube” agak cliche dan kalo search kat internet untuk tube dan video, keluar website tube yg kurang enak jek. Amanz tak nak buat video review berbahasa melayu ke kat 1tube?

  3. Twit N View pada 18 May 2011

    lepas ni akan byk ler iklan abg perkasa isteri terseksa ler lepas nie…pacak sana pacak sini…haha

  4. computer guy pada 18 May 2011

    justgreat…

  5. afiqasyraf pada 18 May 2011

    haha… Pengkaji Datang Lagiii…. Aritu Aku Kaji Cara Nak buat Cam Nuffnang

    Kali Ni Lak Tentang Ads Management
    Program Cam Nie Kena Pakai Duit Jer…
    Mende Alah Nie Dipaggil #%^&& ( Rahsia )

    sebenarnye dier pakai software… Advertising Management…
    Kalau nak Cari Memang Susah… Kat mesia Nie x banyak yang tau…

    Nak Cari mende nie kena pakai Ketword Rahsia ( 6 Huruf ) XXXXXT
    Tu Jer Klu Dier… T Dibelakang…

    Nak tau Lagi kena hantar email kat aku… keypadlock11@gmail.com

    Private Skit Sebab Kalau semua Orang tau Cammner Lah Nak cari duit Kan…

    Modal Dalam Rm300- Rm 800 Kot…

    Kalau Cari Kat Google Pun Susah… Kena Pakai Keyword 6 Huruf Tuu…

    Ada Banyak jenis… 1. Iklan Text 2. Iklan Dalam Gambar 3. Video 4. Banner 5. Splat 6. Splash 7. Textlink 8. Full Screen 9. Pop Ups 10. Banyak2 Lagi… Penign Aku Nak Ingat…

  6. afiqasyraf pada 18 May 2011

    arr… Satu Agi… Untuk Newbie ( hehe.. aku pun newbie gak )

    Pakai nie Dulu… Free Tau http://phpmotion.com/content/view/1/180/

    ( hati2 Maksiat berlelusasa )

    Nie Untuk streaming Jer tau… Iklan dalam video X termasuk lagi
    kalau nak yg canggih kena bayau…

    nanti aku cari yg terbaik.. hehe… Jangan Wat Maksiat..

  7. afiqasyraf pada 18 May 2011

    Haa aku dah Jumpa yg ader Iklan… clip-share.com

    harga Rm300-rm600

    Dan sekali Lagi Jaga Mata… Maksiat Berlelusa

    • Affiddin pada 19 May 2011

      aku dah try dah clipshare ni.. memang clone youtube.. nak beli script ni bukan masaalah besar tapi nak maintain hardware dan bandwith adalah problem yang paling mencabar sekali lebih2 lagi kalau script HD.. senang cerita server aku dah dibuat harta sbb ada hutang kat data center… so kita tunggu je la berapa lama 1tube.my ni boleh bertahan..

  8. Izzulamir pada 18 May 2011

    Sampai skrg takde site lain yg boleh tandingi Youtube.


Trackbacks/Pingbacks

  1. KINI TIBA PULA GILIRAN AKMALHILMI,NISA MENAIP,SEREMBANMAYA DAN CIK EPAL UNTUK 1tube.my - akmalhilmi.com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader