08May

Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?

Apple, Telekomunikasi

Seperti sedia maklum, DiGi sebelum ini telah mengumumkan akan membawa masuk iPhone 4 Putih kepada umum, jauh sebelum Apple mengumumkan pelancarannya, dimana DiGi telah memperkenalkan halaman pendaftaran minat untuknya. Namun begitu, sehingga ke hari ini, DiGi masih lagi belum mengeluarkan berita lanjut mengenainya.

Mungkin para pengemar Apple juga turut mengetahui yang mana Apple kurang gemar apabila produk mereka diumumkan terlebih dahulu oleh para pengedar dan penjual mereka. Sebelum ini, para pengedar Apple di Malaysia, tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan iPad 2, sehinggalah Apple sendiri mengumumkan pelancarannya di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, Maxis dan Celcom masing-masing telah pun memperlihatkan Apple iPhone 4 berwarna putih, namun masih tidak bagi pihak DiGi. Namun begitu, untuk mengatasinya, DiGi kini menawarkan potongan harga sebanyak RM200 untuk pendaftaran baru, sehingga ke 16 Mei.

Namun apa yang menjadi persoalan pihak kami adalah, adakah DiGi telah dihukum oleh Apple kerana memulakan pendaftaran minat terlebih dahulu, dan adakah DiGi akan mendapat Apple iPhone 4 Putih, ataupun tidak. Sekiranya tidak, adakah versi-versi iPhone selepas ini hanya akan eksklusif untuk Maxis dan Celcom sahaja di Malaysia?


Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan
Yes 4G Menawarkan 10GB Secara Percuma
Celcom Dijangka Memperkenalkan Perkhidmatan Bernama Kolony
Apple Bakal Mengadakan Acara Memfokuskan Kepada Kandungan Pada Bulan Ini?
Jaring Memulakan Bancian Berkaitan HSBB - Perkhidmatan Baru Bakal Dilancarkan?

21 Komen

  1. haris pada 08 May 2011

    heh patut berhenti saja guna registration of interest ni. harap serik

  2. Affan pada 08 May 2011

    habislaah aman, mesti ko takleh mng wwwow award sebab kritik digi haha

    • Ahmad Fikrizaman pada 08 May 2011

      jgn ckp macam tu.. aku nak aman menang..

    • Omar pada 08 May 2011

      aku pun nak aman menang. tapi risau gak aku pasal entri ni.

      • syahrilhafiz pada 08 May 2011

        aku pun nak aman geek menang
        ingat DIGI, wowowow amanz.my ok! haha

    • FalxZ pada 08 May 2011

      wauuu… good job abg aman… kire ok pe kritik sume pihak… xde la berat sebelah sgt :P

      • Aman pada 08 May 2011

        nie bukan kritik, cuma pertanyaan. ahaks. :D

        • amirrulhanifah pada 08 May 2011

          yey!! aman jadi menang dalam wowowowowowowowowowowoowowowowowowowoowowowoowowowowoowowoowowowowoow!!!!

  3. ohcikgu pada 08 May 2011

    wahh, takkan macam tu sekali..

  4. ubuntulolwut pada 08 May 2011

    kesian DiGi…

  5. Kee Man pada 08 May 2011

    Ada udang sebalik mee KUNING kot…..haha. Apapun, DiGi mungkin akan tawarkan special rate untuk iPhone putih?

  6. Ajoi57 pada 08 May 2011

    Hahaha padan muka. Dah la coverage mcm gampang

  7. Obefiend pada 08 May 2011

    i want a red iphone4 to be honest

    • Luqman Latif pada 13 May 2011

      blog serious pun best jugak sama mcm amanz :D

  8. Hasnul pada 08 May 2011

    mungkin ini juga menjadi persoalan mengapa DiGi lmbat membawa masuk era 3g berbanding Maxis dan Celcom…??

    xde kaitan dengan Apple kan…??

    hehe…

  9. haiqal pada 08 May 2011

    Perghh,habis lah.Tapi orang selalu kata,kalau masa jual phone baru ini,harga DiGI yang paling munasabah,paling murah,paling berbaloi.Wwowowowowowowo!

  10. Farid Zenon pada 09 May 2011

    Apa ada pada tajuk bukan? hmm kadang³ awalan power untuk pembuka bicara

  11. Jali pada 09 May 2011

    Digi kalau kuar plan dengan HTC Desire Z saya dah sambar awal-awal lagi.

    Masih menunggu….uh.

  12. Hafiz pada 13 May 2011

    Ape2 pun, digi ttp provider termura

  13. mieka pada 06 Jun 2011

    kira plan2 ip4 white semua menang kat celcom la…

  14. Faizal pada 08 Jun 2011

    Nampaknya begitu lah. DiGi tak dapat penuhi apa yang dijanjikan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader