Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pembelian Skype oleh Microsoft, semestinya ramai yang melihat keuntungan yang bakal dijana oleh Microsoft. Namun, satu lagi pihak yang akan dapat keuntungan daripada pembelian Skype oleh Microsoft adalah Facebook, dan mungkin ianya tidak lama lagi kita akan dapat melihat perkhidmatan panggilan video dan suara diintegrasikan pada Facebook.

Fungsi Panggilan Pada Facebook
Seperti sedia maklum, Microsoft merupakan salah seorang pelabur pada Facebook, dan buat masa ini, Facebook sudah pun mengintegrasikan hasil carian daripada Bing, selain menggunakan Bing Maps pada Facebook Places. Ianya tidak mustahil untuk melihat panggilan video dan suara diperkenalkan, apatah lagi, kini dengan pembelian oleh Microsoft, Facebook dapat mengurangkan lagi kos yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya sebaliknya.
Sebelum ini juga, beberapa petanda telah memperlihatkan yang mana fungsi panggilan video akan hadir ke Facebook, namun ianya mungkin masih lagi dalam pembangunan, dan belum bersedia sepenuhnya untuk diperkenalkan kepada umum.
Dengan pembelian Skype oleh Microsoft, kita akan mula melihat tiga gergasi bersaing secara sihat dalam industri panggilan dan komunikasi internet, iaitu Google melalui Google Talk dan GMail, Apple melalui FaceTime, dan Microsoft melalui Skype, serta tidak ketinggalan Yahoo! dengan Yahoo! Messenger.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
YM macam tak ramai sangat dah guna. ke aku je yang rasa camtu?
lepas ni mungkin kita boleh tengok Skype akan didatangkan secara default dalam OS Windows. hoho. ada kemungkinan untuk berlaku.
pelaburan microsoft ni mmg bgs. 1st time aku rasa bill gates buat decision yg bijak sbg sorang businessman dan entreprenuer. sblom ni dia mcm tiada pesaing utk maintain kekayaan dia.
Sorry lari topik,
Tapi amanz.my , blog korang memang terbaik. Always konsisten. Jarang la satu hari tanpa news yang baru. Seronok follow blog anda.
Tak macam blog xxxx. Nak mengeluarkan banyak blog, tapi tak konsisten dari segi penulisan dan ntah apa2. All the best . Teruskan usaha anda. =D
Aman antara penulis blog technology yang masih bertahan.
blog xxxx….? Blog aku la tu…. kahkah…
ke bukan….? kahkah