21May

AdSense Untuk Kandungan Web Mudah-Alih Di Perkenalkan Untuk Malaysia

Google

Setelah memperkenalkan Adsense untuk kandungan mudah-alih, kini Google secara rasminya membawakan fungsi tersebut kepada para pembangun di Malaysia, dimana kini para pemilik web boleh menyertakan adsense pada kandungan web mudah-alih mereka, dan menjana wang melaluinya.

Ianya dikatakan yang mana, untuk versi mudah-alih ini, AdSense secara automatiknya akan mengetahui jenis telefon dan platform yang digunakan, serta memperlihatkan iklan yang bersesuaian dengan kandungan web anda. Buat masa ini, ianya hanya membolehkan anda menyertakannya pada halaman web mudah-alih sahaja, dan bukannya pada aplikasi mudah-alih masing-masing.

Sekiranya anda merupakan pembangun aplikasi mudah-alih, mungkin anda boleh menggunakan AdMob, yang mana turut sama merupakan salah satu produk daripada Google juga.


Hasil Carian Imej Pada Google Tampak Menarik
Picasa 3.8 Menyokong Sehingga 38 Bahasa
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Google Kini Memperlihatkan Penerangan Ringkas Pada Halaman Keputusan Carian
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 22 Disember

1 Komen

  1. Hanep pada 22 May 2011

    Oh. So iklan2 google kt ipad, semua tu dari admob lah eh.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader