Cari @ Amanz

Selain daripada menyediakan sebuah kedai aplikasi khas untuk para pengguna Android dibawah nama Amazon AppStore, kini Amazon bergerak selangkah lagi kehadapan dengan menyediakan sebuah kedai aplikasi khas untuk para pengguna Mac OS X dipanggil sebagai Mac Download Store.

Menurut Amazon, buat masa ini, Mac Download Store milik mereka mempunyai lebih 250 aplikasi menarik, dan ianya turut menawarkan beberapa aplikasi popular, termasuk Microsoft Office, dan beberapa permainan untuk pengguna Mac, yang mana tidak terdapat pada Mac App Store daripada Apple.

Menurut Amazon, melalui Mac Download Store, ianya membawakan pemasangan aplikasi yang mudah dan pantas, selain mana para pengguna juga boleh memuat-turun aplikasi yang telah dibeli seberapa banyak kali yang diingini untuk kegunaan sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd