04May

Android Versi Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Ice Cream Sandwich

Google

Seperti mana yang pernah diura-urakan sebelum ini, kini ianya seperti sah yang mana versi Android seterusnya akan menggunakan nama Ice Cream Sandwich, memandangkan salah seorang pembangunnya yang menggunakan nama tersebut pada forum bantuan dalam memperkatakan mengenai Android versi seterusnya.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan dengan angka versi yang akan digunakan. Ianya masih menjadi tanda tanya samaada ianya akan menggunakan angka versi Android 2.5 ataupun 3.1. Buat masa ini, Gingerbread menggunakan angka versi 2.3, manakala Honeycomb menggunakan angka versi 3.0. Namun begitu, HTC Flyer yang diperkenalkan baru-baru ini oleh pihak HTC menggunakan Android 2.4.

Google dijangka akan memperlihatkan Android generasi akan datang tidak lama lagi, iaitu pada acara Google I/O kelak, dan mungkin pelbagai perkara baru yang lain mungkin sama akan diperlihatkan oleh Google pada hari yang sama. Sama-sama kita nantikannya yang bakal diadakan dalam tempoh kurang 6 hari lagi.


Enjin Carian Generasi Baru Dari Google?
Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil
YouTube Menguji Sistem Pengiklanan Baru
Android Ice Cream Sandwich Akan Didatangkan Bersama-Sama Editor Gambar Terbina Dalam?
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 26 Januari

6 Komen

  1. faiz pada 04 May 2011

    katanya Ice Cream adalah version 3.1 yang mana dia akan gabungkan honeycomb dan gingerbread..so that tablet apps boleh guna on phone..

  2. ekspresiruang pada 04 May 2011

    best je nama2 utk setiap versi tu. hehe.

  3. beliamuda pada 04 May 2011

    nama yang menggiurkan. huhu.

  4. ceritabaik pada 04 May 2011

    haha…lpas nie nma pa plak diorng nak bg??

  5. matjoe pada 04 May 2011

    panjang benor nama dia.

  6. pali.mouncett pada 04 May 2011

    boleh lapar tgk name version nie… :p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader