12May

Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome

e-Permainan, Google

Walaupun sebelum ini Angry Birds diperkatakan akan ke Facebook, namun masih tiada sebarang berita sehingga sekarang. Namun menariknya, hari ini Rovio bersama-sama Google mengumumkan Angry Birds untuk Chrome, yang mana sudah boleh dimuat-turun melalui Chrome Web Store secara percuma mulai hari ini.

Angry Birds untuk Chrome ini menyokong Canvas dan juga WebGL, membolehkan sesiapa sahaja memainkannya. Dan menariknya lagi adalah dimana permainan tersebut juga turut sama menyokong untuk dimainkan diluar talian. Jadi anda masih boleh memainkan permainan Angry Birds melalui pelayar web Chrome ini dengan mudah walaupun tanpa talian internet.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh melayari Chrome WebStore melalui pelayar web Chrome anda, dan memuat-turun Angry Birds untuk Chrome secara percuma melaluinya, dan mula memainkannya hari ini.


GMail Memudahkan Penggunaan Label
Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga
10 Carian Popular Terhangat Sepanjang Ogos Di Google Malaysia
Adakah Google Docs Bakal Dijenamakan Semula Menjadi Google Drive?
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 16 Februari

13 Komen

  1. MuJE pada 12 May 2011

    dah try! terbaikkkkk :D

  2. Ahmad Fikrizaman pada 12 May 2011

    Waaa.. macam ni pun boleh ek.. Terbaik dari rovio.. Tapi tak rasa angry bird ni macam dah bosan ke?

  3. Khai pada 12 May 2011

    dah bosan dgn angry bird… next game pls.. hehe

  4. suffer8zine pada 12 May 2011

    penat jari menekan2

  5. mmfd pada 12 May 2011

    haha, syiok main game ni.. thx for the share.

  6. Eichikatsu pada 12 May 2011

    Terbaik la bro..aku da main td..pttla depa suma dok layan kt ipad,mmg best! :)
    Mintak izin nk repost sket lam blog aku..TQ! :)

  7. muhammad fakhruddin pada 12 May 2011

    Barulah merasa main Angry Birds yang menjadi perbualan ramai.

  8. paeh pada 12 May 2011

    salah satu cara nak meningkatkan pengguna CHROME. hahaha… nice

  9. funzool pada 12 May 2011

    haha. addictive betul. bahaya ni time buat keja.
    tapi guna firefox pon bole main. kwang3x

    • Piratz pada 12 May 2011

      tapi ada special level untuk pengguna chrome

  10. wahila pada 14 May 2011

    bila boring buat keja, boleh main ni, bestttt!

  11. adele pada 17 May 2011

    erk,terima kasih kerana berjaya mmbuatkan sy melepaskan gian dgn game ni..selalu main kt laptop abg ipar dikelilingi anak2 saudara sy..diorg tkut kalah sbb tu suruh sy main..tp bila sy nk install kt laptop sy tak boleh pulak..terima kasih, main online pun jadilah!!! waa terharu :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. Bermain Angry Birds Di Google Chrome | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader