23May

Aplikasi Android iLi Radio Sedia Untuk Diuji

Perisian, Web 2.0

Selain daripada aplikasi khas untuk para pengguna Windows, pembangun yang sama juga turut sama sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi khas iLuvIslam Radio kepada para pengguna Android, dan menariknya versi pembangunan aplikasi tersebut sudah pun boleh diuji sekarang pada peranti Android anda.

Untuk menggunakan aplikasi ini dengan jayanya pada peranti Android anda, ianya hendaklah dipastikan yang mana anda menggunakan Android 2.2 Froyo dan terkini, selain mempunyai sambungan internet untuk mendengarnya tanpa sebarang masalah. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun fail *APK untuk Android, serta mengujinya pada peranti anda, selain memberikan maklumbalas berkenaan dengan aplikasi ini. Buat masa ini, ianya masih lagi belum dimuat-naik pada Android Market.

Selain daripada itu, ianya juga turut dimaklumkan yang mana aplikasi iLi Radio untuk BlackBerry akan dilancarkan dalam masa sebulan lagi, selain mana aplikasi iPhone dan juga Windows Phone bakal menyusul tidak lama lagi.


Safari 4 Sedia Di Muat Turun Sekarang
WordPress 3.2 Akan Lebih Ringan Dan Pantas
Groupon Malaysia Menambah Lebih 50,000 Pengguna Dalam Masa Kurang 10 Hari
Bekas Pemilik YouTube Mengambil-Alih Delicious Daripada Yahoo!
Halaman Khas Yes Life Dan Aplikasi Yes Life Untuk iOS Dilancarkan

5 Komen

  1. Eddy pada 23 May 2011

    Untuk Android. terbaiklah!

  2. palong air pada 23 May 2011

    untuk symbian tak de ke?
    cian betul la ..

    • Omar pada 23 May 2011

      Kalau Nokia, boleh guna Radio Player (bahagian Internet Radio) dan cari Streaming untuk iLiRadio

  3. ArericH pada 23 May 2011

    dem… tuk ver. 2.2 ke atas aje…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader