31May

Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun

Web 2.0

Nampaknya pihak Friendster telah menyediakan sedikit masa tambahan lagi untuk para pengguna memuat-turun data daripada Friendster, dimana kini mereka telah mengumumkan yang mana aplikasi untuk eksport data daripada Friendster akan boleh diakses untuk satu bulan lagi, iaitu sehingga 27 Jun kelak.

Friendster Exporter

Para pengguna boleh memuat-turun kesemua data, termasuk gambar-gambar pada Friendster dengan mudah, dimana ianya disediakan dalam bentuk *zip dan hantar ke emel pengguna secara terus.

Dengan penambahan masa ini, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan samaada halaman Friendster akan dapat diakses selepas hari ini ataupun hanya sekadar boleh membuat salinan data sahaja. Friendster dijangka akan memperkenalkan halaman baru mereka yang lebih menjurus kepada permainan sosial tidak lama lagi.


StumbleUpon Membebaskan Diri Daripada eBay
GantiBaju.com dan LewatMana.com Memenangi SparxUp
Aplikasi OfficeKami Kini Boleh Di Muat-Turun Di Ovi Store
Pembangun TwitPic Melancarkan Pesaing Twitter - Heello
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

5 Komen

  1. ekspresiruang pada 31 May 2011

    huhu dah tak igt dah apa email dan password friendster.

  2. muhammad fakhruddin pada 31 May 2011

    Rasa nak biarkan je begitu…takde simpan apa2 yang penting pun.

  3. Jibam pada 31 May 2011

    Friends what?

  4. Scromix pada 01 Jun 2011

    testimoni terakhir aku dari aman la, ucap slamat hari raya…. 20/9/2009

  5. matjoe pada 01 Jun 2011

    freindster lawan sosial pertama saya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader