Cari @ Amanz

Selepas beberapa paparan antaramuka Moorea daripada Office 15 diperlihatkan sebelum ini, kini sebuah video yang memperlihatkan secara ringkasnya apakah yang bakal dibawakan oleh aplikasi baru daripada Microsoft pada aplikasi pejabat mereka generasi akan datang.

Sehingga kini, Microsoft masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan aplikasi baru mereka ini. Daripada apa yang dapat dilihat buat masa ini, ianya membolehkan para pengguna mengabungkan teks, dokumen dan gambar pada satu aplikasi dan memaparkannya dalam suatu bentuk yang amat menarik sekali.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Office 15 akan dilancarkan kepada umum, dan dijangka sekitar 2013 selepas pelancaran Windows 8 kelak. Kini ianya diperkatakan yang mana versi pembangunannya sudah pun mencapai versi MileStone 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd